Anda di sini

Polis tahan dua pemandu bot cabul pelancong

Advertisement
M Chandra
M Chandra

KOTA KINABALU: Dua pemandu bot ditahan selepas bertindak mencabul dua pelancong semasa berada di Pulau Sapi di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata kejadian dikesan apabila dua pelancong terbabit membuat laporan polis jam 5.35 petang pada 17 Jun.

“Mangsa dan adik perempuannya berumur 25 tahun mendakwa dicabul oleh suspek yang baharu dikenali.

“Menurut mangsa suspek melakukan perbuatan itu semasa sedang melakukan aktiviti berenang dan snorkeling di pulau terbabit,” katanya.

Chandra berkata bertindak daripada kejadian, kedua-dua suspek ditahan di Jesselton Point keesokan harinya jam 10.50 pagi.

“Kedua-dua suspek warga tempatan direman dan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya.

Katanya sepanjang tempoh Januari sehingga Jun pihaknya menerima dua laporan polis berkenaan kes cabul membabitkan pelancong luar.

“Pengusaha bot pelancong dinasihatkan untuk memantau dan memastikan pekerja agar lebih beretika dan menjaga tingkah laku semasa membawa pelancong demi imej pelancongan tempatan.

“Polis juga memandang serius kejadian seumpama ini dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pesalah,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement