Anda di sini

Peruntukan disalur terus kepada PBT Sarawak untuk elak ketirisan

Advertisement
 Zuraida (duduk kanan) mengadakan sidang media sempena lawatan kerja dua hari ke Sarawak semalam.
BANTU PBT: Zuraida (duduk kanan) mengadakan sidang media sempena lawatan kerja dua hari ke Sarawak semalam.

KUCHING: Pihak berkuasa tempatan (PBT) di Sarawak akan terus menerima per-untukan daripada kerajaan baharu persekutuan pimpinan Pakatan Harapan (PH) menerusi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Bagaimanapun, tegas Men-teri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin, peruntukan tersebut akan disalurkan terus kepada PBT yang berkenaan bagi mengelak ketirisan.

“Di bawah kerajaan persekutuan sebelum ini iaitu Barisan Nasional (BN), per-untukan kepada PBT bagi negeri-negeri pembangkang disalurkan menerusi wakil-wakil politik mereka, ketua bahagian misalnya untuk melaksanakan projek.

“Tetapi di bawah kerajaan persekutuan baharu PH, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mahu berlaku perkara se-perti ini dan beliau mahukan ketelusan dalam penyaluran peruntukan.

“Justeru, kita tetap akan menyalurkan peruntukan kepada PBT di negeri ini tetapi terus kepada PBT yang berkenaan untuk dibelanjakan bagi tujuan seperti yang dikemukakan,” katanya pada sidang media di Hotel Pullman di sini, semalam.

Terdahulu, sebelum sidang media tersebut, Zuraidi yang dalam lawatan kerja dua hari ke Sarawak mengadakan perjumpaan dengan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Datuk Dr Sim Kui Hian.

Selesai perjumpaan bersama Dr Sim, Zuraida mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di pejabat Ketua Menteri di Tingkat 5, Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini.

Zuraida kemudiannya me-neruskan lawatannya ke Majlis Perbandaran Padawan (MPP) untuk berjumpa dengan warga MPP yang dipengerusikan oleh Lo Khere Chiang.

Zuraida turut memberi jaminan bahawa semua projek yang telah diluluskan di bawah kementeriannya ketika di bawah pimpinan BN dahulu akan diteruskan asalkan menepati kriteria.

Sebagai contoh kata Zu-raida, kementerian akan menyegerakan kerja-kerja membaiki 27 rumah usang yang dimohon oleh MPP dengan peruntukan lebih RM400,000.

Peruntukan tersebut me-nurut Zuraida akan disa-lurkan terus kepada MPP bagi membolehkan kerja-kerja membaiki rumah usang tersebut dapat dilaksanakan segera demi keselesaan peng-huninya.

  • oleh
  • Advertisement