Anda di sini

Penduduk luar bandar tidak dipinggir daripada program rumah mampu milik

Advertisement

KUCHING: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata, penduduk luar bandar di Sarawak tidak akan dipinggirkan daripada mendapat manfaat daripada program rumah mampu milik dibangunkan kerajaan.

“Saya masih ingat sebelum ini ketika saya menjadi ahli parlimen pembangkang di dalam parlimen, menteri dari Sarawak sering berkata penduduk peribumi memilih untuk hidup dengan gaya mereka.

“Namun kalau kita benar-benar mahu meningkat dan memperkasakan kehidupan kumpulan ini, kita mesti ada kesanggupan tinggi untuk mendidik mereka, membawa pembangunan kepada mereka (penduduk luar bandar)... Mereka tidak seharusnya dipinggirkan,” katanya dalam temu bual eksklusif dengan Utusan Borneo dan The Borneo Post semalam.

Beliau berkata, sudah menjadi tanggungjawab kerajaan hari ini untuk membawa perubahan dan memperkasakan rakyat khususnya golo-ngan berpendapatan rendah (B40).

“Kita tidak mahu hanya satu kumpulan yang maju, manakala satu kumpulan lagi ketinggalan.

“Sarawak adalah antara negeri yang terkaya dengan rizabnya RM31 bilion, ba-nyak pembangunan perlu dilaksanakan, perumahan mampu milik untuk rakyat, sekolah, klinik dan hospital,” katanya.

Justeru, beliau mencadang-kan agar kerajaan negeri mula meletakkan pelaburan lebih banyak untuk membangunkan lagi Sarawak dan rakyatnya.

“Klinik dan hospital sangat kurang di Sarawak. Hospital dan klinik swasta juga me-ngenakan kadar bayaran sangat mahal untuk rakyat, jadi saya rasa kerajaan negeri perlu melabur lebih banyak untuk hospital, sekolah dan rumah,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Zuraida berkata, jumlah rumah mampu milik di Sarawak sangat sedikit sedangkan permintaannya amat tinggi daripada B40.

“Kita akan meneruskan projek-projek Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Rumah Mesra Rakyat (RMR) dikenal pasti tetapi akan diberi wajah baharu dari segi saiz, reka bentuk dan kemudahan disediakan untuk komunitinya.

“Rumah mesra rakyat khasnya PPR mesti lebih selesa untuk rakyat, tidak lagi bersaiz 600 kaki persegi dan sebagainya,” jelasnya.

Beliau berkata, KPKT akan mewujudkan satu agensi yang akan mengurus dan menyelenggara rumah kos rendah selain memastikan harta-nah berkenaan tidak menjadi mangsa vandalisme.

Penubuhan agensi khas itu katanya, sedang distruktur menerusi Dasar Komuniti Negara agar rumah kos rendah di seluruh negara lebih terurus, bersih, selamat dan selesa.

Mengenai pelantikannya sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida berkata, ia bukan sesuatu yang dibayangkan sebelum ini tetapi ia bukan juga sesuatu yang asing baginya.

Katanya, isu berkaitan lebih dekat di hatinya memandangkan beliau adalah Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat, sering memperjuangkan hak kaum itu termasuk penyertaan mereka dalam membuat keputusan.

“Pengalaman saya berdepan isu perumahan dan kerajaan selama 10 tahun menjadi Ahli Parlimen Ampang, saya banyak mengendalikan masalah berkaitan perumahan dan kerajaan tempatan.

“Sebab itu, tiada masalah bagi saya sudah biasa dan ada pengalaman di situ... Kita sudah menjadi pembangkang sekian lama mencadang banyak idea kepada kerajaan terdahulu, sekarang peluang kita menunaikannya untuk rakyat,” katanya.

Sementara itu, beliau meng-anggap kedatangannya ke Sarawak atas urusan rasmi kali ini seperti pulang ke kampung halaman selepas hampir lima tahun dilarang memasuki negeri ini.

“Perasaan apabila datang ke Sarawak semalam (kelmarin) dengan disambut oleh orang Sarawak khususnya penyokong, seperti pulang ke kampung halaman.

“Ia bukan hanya datang ke Sarawak tetapi pulang ke kampung halaman. Sebelum saya dilarang memasuki Sarawak, ini saya sering datang membawa sebarang isu dari Semenanjung Malaysia untuk dikongsikan dengan sayap wanita kita khasnya dan rakyat di sini,” katanya.

Advertisement