Anda di sini

Pemindahan Markas Mawila 2 langkah tepat

Advertisement
ABDUL Rahman bersalaman dengan pegawai kanan sebelum serah menyerah tugas.
ABDUL Rahman bersalaman dengan pegawai kanan sebelum serah menyerah tugas.

SANDAKAN: Panglima Armada Timur (PA Timur), Laksamana Madya Dato' Syed Zahiruddin Putra Syed Osman berkata pemindahan Markas Wilayah Laut 2 (Mawila 2) ke Sandakan pada Ogos 2017 merupakan satu langkah yang tepat dalam operasi mengawal perairan negara.

"Dapat dilihat apabila Mawilla 2 dipindahkan ke sini, segala operasi-operasi di laut, rondaan dan eksesais di laut dilakukan bermula Ogos lalu dan sekarang lebih berkesan dalam pelaksanaannya," katanya.

Beliau berkata pengawal berterusan dilaksanakan oleh Mawila 2 dalam melakukan operasi laut.

"Sepanjang tempoh itu, tiada insiden penculikan atau apa-apa berlaku kejadian tidak diingini dalam perairan di Pantai Timur Sabah," tegasnya.

Beliau menjelaskan pemindahan Mawila 2 adalah salah satu faktor tidak berlakunya kes berkenaan.

"Itulah sebab Mawila 2 ini dipindahkan ke Sandakan," katanya pada majlis serah tugas Panglima Mawila 2 yang baharu, hari ini.

Dalam pada itu, Zahiruddin berkata Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sedang merancang lokasi sesuai bagi menempatkan Markas Mawila 2.

"Memandangkan Markas Mawila 2 di KD Sri Sandakan adalah tidak sesuai," katanya.

Beliau berkata lokasi itu terlalu dekat dengan bandar Sandakan.

"Sejak Armada Timur, kita juga akan ada lebih banyak kapal," katanya.

Beliau berkata tahun ini sahaja kita memiliki dua kapal dalam melaksanakan operasi.

"Hujung tahun ini atau awal tahun depan, kita akan memiliki dua kapal ronda yang besar," katanya.

Beliau menambah dan seterusnya bila kapal Litorial mission ship dari China siap 2019 dan ini juga akan ditempatkan di bawah Armada Timur.

Katanya, kita mesti rancang untuk memindahkan Markas Mawila 2 ini dan telah dipersetujui Panglima Laut ke Karamunting.

"Di sana (Karamunting) ada sebidang tanah yang sesuai untuk kita bina pangkalan baru," katanya.

Beliau berkata ia dalam perancangan dan berusaha membina pangkalan tersebut.

"Kita perlu rancang pembinaan markas yang baru dan dapat melaksanakan operasi  dengan berkesan," katanya.

Sementara itu, Panglima Wilayah Laut 2 yang baharu, Laksamana Muda Dato' Ganesh Navaratnam berkata 80 peratus pegawai dan anggota serta aset akan berada di lapangan kerja (lautan).                             

"Manakala 20 peratus lagi akan berada di pejabat. Ini komitmen kita dalam meneruskan visi serta misi Mawila 2 dan kita juga akan sentiasa mendekati masyarakat setempat," katanya.

  • oleh
  • Advertisement