Anda di sini

Lebih 150 ahli SMATA lulus dalam Ujian Kenaikan Gred bagi Jun 2018

Advertisement
 Ahli SMATA jelas kegembiraan semasa sesi fotografi selepas menerima sijil masing-masing.
TAHNIAH: Ahli SMATA jelas kegembiraan semasa sesi fotografi selepas menerima sijil masing-masing.

KUCHING: Lebih 150 ahli Persatuan Seni Mempertahankan Diri Taekwondo Sarawak (SMATA) lulus dalam Ujian Kenaikan Gred bagi Jun 2018 baru-baru ini.

Dalam ujian tersebut, dua ahlinya dinaikkan ke Tali Pinggang Hitam 4 Dan, manakala enam lagi menerima Tali Pinggang Hitam 1 Dan.

Dalam kenyataan media dikeluarkan semalam, SMATA berkata ujian yang diadakan pada 10 Jun lalu itu merupakan yang kedua dianjurkan oleh persatuan itu pada tahun ini.

Presiden merangkap Ketua Pengajar, Master George Yu Kok Lee berkata bagi meningkat kualiti pengajar dan pelajar, SMATA akan menghantar dua pengajar berpengalaman menyertai Kursus Pengajar Antarabangsa di Korea.

Menurutnya, kursus tersebut akan dianjurkan oleh Kukkiwon yang merupakan pusat seni mempertahankan diri taekwondo di Korea.

Pada masa sama, SMATA turut mendedahkan pihaknya akan menyertai Kejohanan Taekowndi Antara Sekolah Kebangsaan Keenam yang akan di Sibu pada bulan depan.

Advertisement