Anda di sini

Kemudahan Hospital Tawau akan dinaik taraf: Stephen

Advertisement
 Stephen (kiri) mendengar taklimat daripada Azman (kanan), turut kelihatan ialah Jimmy (dua kiri), Janet (dua kanan) dan Koh (belakang).
DINAIK TARAF: Stephen (kiri) mendengar taklimat daripada Azman (kanan), turut kelihatan ialah Jimmy (dua kiri), Janet (dua kanan) dan Koh (belakang).

TAWAU: Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat (KKKR) akan mengambil inisiatif bagi menaik taraf fasiliti hospital di sini.

Menterinya Stephen Wong berkata, Hospital Tawau selama ini dibelenggu pelbagai isu sehingga menyebabkan pesakit dan pelawat tidak selesa dengan keadaannya.

“Antara masalahnya ialah kawasan parkir kereta. Pada masa hadapan, bangunan baharu hospital ini akan disiapkan, keadaan itu sudah pasti akan menyebabkan kurangnya kawasan parkir.

“Kini, saya sedang berusaha untuk meminta kebenaran daripada kerajaan negeri bagi mendapatkan sebidang tanah di sekitar hospital ini untuk membuat kawasan parkir,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke Hospital Tawau pada Isnin.

Beliau berkata, keadaan pendingin hawa yang digunakan oleh hospital itu sudah ketinggalan zaman dan ia wajar ditukar.

Katanya, bilik simpanan bekalan ubat-ubatan juga perlu dinaik taraf untuk kebaikan bersama.

“Banyak lagi kemudahan di hospital ini perlu diberi perhatian oleh kerajaan.

“Saya meminta pihak pengurusan hospital ini mengemukakan isu atau masalah yang dihadapi dan kerajaan akan bersedia untuk membantu,” katanya.

Menurut Stephen, pelbagai bahagian di hospital berkenaan juga masih kurang dari segi kakitangan dan semua perkara berkaitan akan diberi perhatian sewajarnya.

Advertisement