Anda di sini

Ciena lantik Pengarah Urusan Rantau Asia dan pakar di Asia Pasifik

Advertisement

KUALA LUMPUR: Syarikat teknologi dan strategi rangkaian, Ciena Corporation melantik Dion Leung sebagai Pengarah Urusan Rantau Asia dan tiga pakar serantau yang baharu, berpangkalan di Malaysia dan Vietnam bagi mengukuhkan kedudukan syarikat di Asia Pasifik.

Pakar serantau yang baharu berkenaan ialah  Wong Kian Soon, berpangkalan di Malaysia, dilantik sebagai pengurus kejuruteraan jualan bagi Asia Utara merangkumi Hong Kong, Taiwan, China, Thailand dan Vietnam selain Malaysia.

Kok Chen Lim yang juga berpangkalan di Malaysia, dilantik sebagai jurutera jualan bagi membantu mengenal pasti peluang jualan di Malaysia dan Singapura, pasaran pesat membangun yang penting bagi Ciena di rantau ini.

Sementara itu, Ngoc Vu Duc pula dilantik sebagai jurutera jualan berpangkalan di Vietnam yang akan bekerja dengan pasukan tempatan bagi menawarkan penyelesaian Ciena yang bertaraf dunia kepada pengendali yang berhasrat untuk mengembangkan dan mengubah rangkaian mereka.

Dion, berpangkalan di Singapura akan melaksanakan strategi syarikat di pasaran pesat membangun di rantau ini dan melapor terus kepada Naib Presiden dan Pengurus Besar  Ciena Asia Pasifik & Jepun (APJ),  Rick Seeto, menurut satu kenyataan semalam.

“Ciena terus memperluas jangkauan dan pengaruh di rantau ini dengan pemimpin dan pakar tempatan yang boleh membimbing pelanggan ke arah melaksanakan rangkaian penyesuaian yang mampu menyokong permintaan kapasiti semasa dan masa depan,” kata Seeto.

Sebagai pengendali rangkaian, syarikat membantu mengubah rangkaian mereka untuk memenuhi pertumbuhan pesat dan permintaan masa depan, didorong oleh evolusi tanpa wayar yang berterusan, Internet of Things (IoT) serta peningkatan  penggunaan kandungan digital dan awan akan mempunyai peluang terbuka untuk Ciena di pasaran Asia.

Ciena kini memberi khidmat kepada lebih 1,300 pelanggan di seluruh dunia dan beroperasi di lebih 10 negara di rantau APJ.

Maklumat lanjut boleh didapati di www.ciena.com. — Bernama

Advertisement