Anda di sini

Bomba Beluran tangkap ular sawa

Advertisement
ULAR sawa berada di bawah rumah penduduk Kg Kolapis Tengah, Beluran sebelum   ditangkap anggota bomba.
ULAR sawa berada di bawah rumah penduduk Kg Kolapis Tengah, Beluran sebelum ditangkap anggota bomba.

BELURAN: Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran berjaya menangkap seekor ular sawa hampir dua meter panjang di bawah sebuah rumah penduduk di Kampung Kolapis Tengah, dekat sini pada Rabu.  

Penolong Pegawai Operasi BBP Beluran, Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Rosemidian Haji Majid berkata, pihaknya menerima panggilan dari seorang penduduk kampung terbabit, Arzali Haji Ibrahim pada jam 7.22 pagi yang memaklumkan perkara itu dan meminta bantuan untuk menangkap ular sawa tersebut.

ROSEMIDIAN.
ROSEMIDIAN.

Katanya, pihaknya menghantar enam anggota yang diketuainya sendiri untuk menjalankan operasi menangkap ular tersebut dan operasi selesai jam 8.30 pagi.

Menurutnya, ular sawa itu adalah spesies jenis pendek yang turut dikenali penduduk sebagai ‘ular sawa sawit’.

“Ini kes kelima pihak kami mendapat panggilan untuk perkhidmatan menangkap ular sawa sejak kewujudan Balai Bomba Beluran pada penghujung September tahun lalu,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo.

Beliau berkata, ular sawa tersebut kemudiannya dilepaskan dalam hutan yang jauh dari kawasan perkampungan penduduk.

ANGGOTA bomba Beluran membawa ular sawa yang ditangkap di bawah rumah penduduk   Kg Kolapis Tengah Beluran untuk dilepaskan semula ke dalam hutan.
ANGGOTA bomba Beluran membawa ular sawa yang ditangkap di bawah rumah penduduk Kg Kolapis Tengah Beluran untuk dilepaskan semula ke dalam hutan.
  • oleh
  • Advertisement