Anda di sini

Meriahkan ‘Festival Makanan, Kraf dan Kesenian’ di Lebuh India 6-9 Julai

Advertisement
 Dona (tengah) bersama yang lain selepas sidang media mengenai peng-anjuran ‘Festival Makanan, Kraf dan Kesenian’ di Kuching, semalam.
SERTAI KAMI: Dona (tengah) bersama yang lain selepas sidang media mengenai peng-anjuran ‘Festival Makanan, Kraf dan Kesenian’ di Kuching, semalam.

KUCHING: Jawatankuasa Kesenian dan Warisan Kulinari Sarawak akan mengadakan ‘Festival Makanan, Kraf dan Kesenian’ di Lebuh India dari 6 hingga 9 Julai depan, mulai jam 6 petang hingga 10.30 malam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesenian dan Warisan Kulinari Sarawak Datin Dona Drury Wee berkata, acara tersebut adalah untuk memperkenalkan kekayaan dan kepelbagaian makanan tempatan Sarawak.

“Ini adalah salah satu platform kami untuk mempromosikan seni kulinari Sarawak dan pada masa sama, menyumbang kepada pelancongan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Hadir sama Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai.

Menjelas lanjut Dona berkata, pelbagai jenis makanan tempatan dari pelbagai kumpulan etnik di Sarawak akan ditampilkan di 50 gerai yang dibuka.

Selain itu katanya, bengkel kulinari juga akan diadakan dalam setiap hari festival tersebut iaitu pada jam 7 malam, 8 malam dan 9 malam jika ada permintaan.

“Bengkel ini adalah terbuka kepada orang ramai untuk mempelajari pelbagai jenis masakan dari masyarakat Foochow, Hakka, Teochew, Bidayuh, Melayu, Iban, Melanau, Kayan dan Kelabit dan banyak lagi,” katanya.

Dona menambah, persembahan pentas juga akan diadakan oleh kumpulan-kumpulan warisan tempatan termasuk muzik seperti sape, opera Cina, gendang, alat muzik buluh Orang Ulu, sitar India dan sebagainya.

Advertisement