Anda di sini

Mayat warga emas ditemukan dalam longkang

Advertisement
Pihak bomba sedang mengeluarkan mayat mangsa dari longkang.

BINTULU: Orang ramai digemparkan dengan penemuan mayat warga emas dalam longkang di Desa Damai di Jalan Sebiew, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Zulkipli Suhaili berkata, mangsa dikenali sebagai Tiong Boh Chiong, 77, ditemui dalam parit besar di hadapan sebuah premis makanan sekitar jam 1 pagi.

"Sejurus menerima maklumat berhubung penemuan mayat itu, pihak kita telah meminta bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Bintulu bagi membantu mengeluarkan mangsa dari parit berkedalaman satu meter itu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Pihak bomba katanya, mengambil masa hampir satu jam bagi mengeluarkan mangsa yang mana mangsa berjaya dikeluarkan sekitar jam 2 pagi. 

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Bintulu bagi tujuan bedah siasat. 

Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu keputusan bedah siasat.
 

  • oleh
  • Advertisement