Anda di sini

KFC sumbang RM19,000 kepada lima badan amal

Advertisement
 Joey (kanan) merakamkan kenangan bersama wakil badan amal yang juga penerima sumbangan                            Tabung Penyayang KFC di KFC cawangan Vivacity Megamall, semalam.
KONGSI KECERIAAN: Joey (kanan) merakamkan kenangan bersama wakil badan amal yang juga penerima sumbangan Tabung Penyayang KFC di KFC cawangan Vivacity Megamall, semalam.

KUCHING: QSR Brands (M) Holdings Bhd menerusi rangkaian Kentucky Fried Chicken (KFC) di Sarawak menyumbang sejumlah RM19,000 menerusi Projek Tabung Penyayang KFC kepada lima badan amal di sini, semalam.

Pengurus Kanan 1 Pemasaran KFC Sarawak Joey Siaw berkata, sumbangan tersebut diberikan kepada Rumah Kanak-Kanak Ajibah Abol Sri Aman, Taman Seri Kenangan Sibu, Taman Seri Puteri Kuching, Sekolah Tunas Bakti Kuching dan Trini-ty Home.

“Sempena dengan sam-butan Hari Raya Ai-dilfitri ini, pihak KFC ingin berkongsi kegembiraan bersama komuniti Sarawak.

“Justeru, sebagai sebuah syarikat berjenama di Malaysia, KFC telah menjalankan pelbagai program untuk memberi balik kepada komuniti di Sarawak.

“Ia merupakan sumba-ngan komuniti di sini yang dikumpulkan menerusi Tabung Penyayang KFC dan disalurkan semula kepada golongan kurang bernasib baik yang telah kita pilih,” ujarnya pada majlis penyampaian cek re-plika kepada wakil badan amal terbabit di KFC cawangan Vivacity Megamall di sini, semalam.

Joey berkata, pihaknya menjalankan program sama pada setiap sambutan perayaan utama di negeri ini seperti Tahun Baharu Cina, Hari Gawai, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Krismas saban tahun.

Pada 2017 katanya, me-nerusi program Tabung Penyayang KFC pihaknya berjaya meraih sumbangan sebanyak RM50,000 daripada masyarakat dan telah disumbangkan kepada 15 badan amal.

Selain Tabung Penyayang KFC katanya, pihaknya turut menyediakan makanan untuk 150 badan amal empat kali setahun dan empat cawangan KFC Istimewa yang diuruskan oleh golongan pekak dan bisu.

Cawangan-cawangan ter-sebut terletak di Kuala Lumpur, Johor, Sabah dan Matang Jaya, Sarawak.

Advertisement