Anda di sini

Forum tajaan DAAD di UNIMAS hingga 25 Jun disertai 40 delegasi

Advertisement
 (Dari kiri) Fadzil, Mohamad Kadim dan Frauke bergambar bersama.
UNTUK ALBUM: (Dari kiri) Fadzil, Mohamad Kadim dan Frauke bergambar bersama.

KUCHING: Forum dan Bengkel ‘National Urban Development Strategies in Southeast Asia’ telah bermula kelmarin sehingga 25 Jun ini.

Menurut kenyataan akhbarnya semalam, ia merupakan anjuran bersama Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bersama dan Forum for Urban Future in Southeast Asia dengan tajaan penuh Perkhidmatan Pertukaran Akademik Jerman (DAAD).

UNIMAS menjadi tuan rumah kepada 40 delegasi dari Jerman, negara-negara Asia Tenggara seperti Filipina, Kemboja, Laos, Vietnam, Thailand, Myanmar dan Indonesia.

Menerusi bengkel tersebut, pihaknya berharap untuk berbincang dan mencapai konsep polisi bandar kebangsaan di rantau Asia Tenggara selaras dengan SDG 11.

Naib Canselor UNIMAS Profesor Datuk Dr. Mohamad Kadim Suaidi berkata, pembandaran memerlukkan kos.

“Banyak kajian dan kesan pembangunan di bandar dijalankan di dalam komuniti dan ia amat memerlukkan saintis sosial memainkan peranan penting mereka,” tegasnya.

Bersama beliau adalah Timbalan Naib Canselor UNIMAS (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Professor Fadzil Abdul Rahman, Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UNIMAS Profesor Madya Dr Nelson Ilan Mersat.

Juga, Timbalan Dekan Kajian dan Pascasiswazah UNIMAS yang juga Pengerusi Penganjur Forum Dr. Arnold Puyok.  

Forum for Urban Future in Southeast Asia diketuai Professor Dr Frauke Kraas dari University of Cologne dan rangkaian dari Malaysia diwakili Profesor Lee Boon Thong.

Advertisement