Anda di sini

Semai sikap tabur bakti tanpa fikir diri sendiri

Advertisement
DR. AZMAN (kanan) memperkenalkan anak-anak penghidap talasemia kepada Shafie sempena rumah terbuka yang diadakan di kediamannya di Tawau.
DR. AZMAN (kanan) memperkenalkan anak-anak penghidap talasemia kepada Shafie sempena rumah terbuka yang diadakan di kediamannya di Tawau.

TAWAU: Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berharap lebih ramai orang Sabah yang menabur bakti untuk rakyat tanpa memikirkan kantung sendiri semata-mata.

Menurutnya, Timbalan Pengarah Hospital Tawau Dr. Azman Ibrahim salah seorang individu yang sudah lama dikenalinya banyak berbakti kepada golongan memerlukan.

“Dr. Azman salah seorang doktor yang sudah banyak berbakti bukan hanya kepada pesakit di Tawau, tetapi juga di Lahad Datu dan Semporna tanpa mengira masa,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri majlis rumah terbuka Dr. Azman di sini hari ini (Selasa), yang turut dihadiri pemimpin-pemimpin Kabinet negeri dan wakil rakyat.

Antaranya, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Junz Wong, Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Jimmy Wong, Pembantu Menteri Kewangan Sarifuddin Hata, Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Datuk Abd Muis Picho, Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Batu Datuk Hamisa Samat.

Mengulas lanjut, Shafie berkata sebagai orang yang mahu berkhidmat kepada rakyat, beliau juga boleh melihat individu-individu yang jiwanya dekat dengan rakyat.

“Kita kena bantu (sokong) orang-orang yang jiwanya dekat dengan rakyat bukannya untuk diri mereka, atau mahu banyakkan duit, tetapi memperbanyakkan khidmatnya kepada rakyat,” katanya.

Menjawab soalan pemberita berhubung keluhan harga barang di negeri ini yang masih tinggi, beliau berkata pihak penguatkuasa perlu memainkan peranan dengan lebih aktif.

Khususnya, bahagian penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KDPNKK) untuk memastikan harga barang dikawal dengan baik.

  • oleh
  • Advertisement