Anda di sini

Perlawanan dengan SSBJ B16 ditunda ke 8 Julai

Advertisement
AZMAN Mastar
AZMAN Mastar

KOTA KINABALU: Perlawanan Kumpulan A Piala Belia antara Sabah dan pasukan bawah 16 tahun Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ B16)  yang pada awalnya dijadualkan di Stadium Penampang pada Rabu (20 Jun) telah ditunda ke 8 Julai.

Jadual baharu dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyaksikan perlawanan skuad bawah 19 tahun Sabah seterusnya adalah menentang Pahang di Stadium Penampang pada Ahad (24 Jun).

Pengurus pasukan, Azman Mastar ketika memberitahu perkara itu pada Selasa berkata, jadual baharu itu memberikan tempoh lebih lama kepada pasukan membuat persiapan selepas kali terakhir beraksi pada 13 Mei lalu.

Skuad bimbingan Mohd Aiyyman Shah Johnny Abdullah itu kini di landasan yang baik untuk mencapai sasaran awal layak ke pusingan suku akhir yang diperuntukkan kepada empat pasukan teratas kumpulan.

Mereka kini di kedudukan keempat, mengumpul 19 mata dari 12 perlawanan  dengan rekod lima menang, empat seri dan tiga kalah.

Tiga pasukan teratas didahului Terengganu FC IV dengan 29 mata diikuti PKNS FC (22) dan PKNP FC (21) manakala enam pasukan di bawah Sabah adalah Pulau Pinang (17), Pahang (17), Kuala Lumpur (16), Selangor (16), Felda United FC 11) dan SSBJ B16 (7).

Ia adalah kedudukan terkini selepas pasukan bawah 16 tahun Sekolah Sukan Malaysia Pahang-Akademi Mokhtar Dahari- Cougars (SSMP-AMD-Cougars B16) menarik diri dan mendapat pelepasan FAM menyertai kejohanan di Eropah.


Kedudukan Kumpulan A
                               P    M    S    K    J    B    MT
1. Tgganu FC IV    13    8    5    0    21    5    29
2. PKNS FC           13    6    4    3    16    12    22
3. PKNP FC           14    5    6    3    13    10    21
4. Sabah                12    5    4    3    16    15    19
5. P Pinang            13    5    2    6    13    13    17
6. Pahang              13    5    2    6    13    15    17
7. K Lumpur           12    4    4    4    15    14    16
8. Selangor            14    4    4    6    16    19    16
9. Felda Utd FC     12    1    8    3    11    13    11
10. SSBJ B16        14    2    1    11    13    31    7

  • oleh
  • Advertisement