Anda di sini

Majlis makan malam NSJA pada 27 Jun ini

Advertisement
 Choo (dua kiri) menyerahkan surat jemputan kepada Gerawat sambil disaksikan Andy (kiri) dan ahli jawatankuasa penganjur yang lain.
SERTAI KAMI: Choo (dua kiri) menyerahkan surat jemputan kepada Gerawat sambil disaksikan Andy (kiri) dan ahli jawatankuasa penganjur yang lain.

MIRI: Persatuan Wartawan Sarawak Utara (NSJA) akan mengadakan majlis makan malam yang meraikan serentak Hari Gawai dan Hari Raya Aidilfitri, serta penyampaian hadiah insentif untuk anak-anak ahli yang cemerlang dalam pendidikan, pada 27 Jun ini.

Majlis yang bakal diadakan di Hotel Mega itu dijangka dihadiri pemimpin serta wakil rakyat, kerajaan negeri dan pusat.

Pengerusi penganjur Michelle Choo berkata, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) merangkap ADUN Ba’Kelalan Datuk Gerawat Gala antara yang telah mengesahkan kehadiran pada majlis itu kelak.

Terdahulu, beliau dan presiden NSJA Andy Jong serta ahli jawatankuasa penganjur yang lain, menyampaikan surat jemputan kepada Gerawat, di sini, semalam.

Selain Gerawat kata beliau, jemputan turut diserahkan kepada Ahli Parlimen Miri Dr. Michael Teo, ADUN Pujut Dr Ting Tiong Choon,  ADUN Telang Usan Dennis Ngau serta ADUN Piasau Datuk Sebastian Ting, yang turut mengesahkan penyertaan mereka, di samping pengerusi PAS Miri Jofri Jaraie.

Sehubungan itu juga, Choo berharap semua ahli NSJA dapat menghadiri majlis itu yang bertemakan ‘Malam Tradisional Malaysia’ dengan semua ahli digalakkan memakai pakaian tradisional serta baju batik.

Pelbagai acara akan diadakan pada majlis makan malam itu kelak, termasuk cabutan tiket bertuah dan sesi karaoke.

“Sementara itu, kita juga ingin mengingatkan ahli-ahli supaya menjelaskan yuran masing-masing sebelum majlis berlangsung,” tambahnya.

Advertisement