Anda di sini

Ibu maut, anak selamat kereta jatuh gaung

Advertisement
Keadaan kereta yang dipandu mangsa selepas terjatuh ke dalam gaung
 

MUKAH: Seorang wanita maut apabila kereta yang dipandunya terbabas ke dalam gaung di Kilometer 55, Jalan Mukah-Selangau, dekat sini pada jam 2 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Jimmy Panyau berkata, mangsa maut dikenali sebagai Nuli Sulang, 27, dari Rh Juti, Sg Bawan di Balingian dipercayai dalam perjalanan ke Mukah bersama anak lelakinya.

"Semasa kejadian, kereta yang dipandu mangsa menuju ke arah Mukah telah hilang kawalan dan terbabas sebelum terjatuh ke gaung dari ketinggian lima meter," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, mangsa yang tercampak keluar dari kereta meninggal dunia di tempat kejadian, manakala anaknya, 9 tahun, terselamat apabila hanya mengalami kecederaan ringan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Mukah untuk bedah siasat.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1)(a) Akta Pergangkutan Jalan 1987.
 

  • oleh
  • Advertisement