Anda di sini

Guna syabu, empat lelaki kena penjara dan denda

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Empat lelaki antaranya tiga warga asing, dikenakan penjara dan denda, oleh Mahkamah Majistret di sini, atas kesalahan menggunakan syabu.

Aukasah Munyidin, 32, Junil Hirami, 18, dikenakan penjara selama sepuluh bulan, manakala Rian Oiley penjara lapan bulan dan Eddriel Stephens didenda RM1,500 atau penjara enam bulan.

Mereka dijatuhkan hukuman itu oleh Majistret Stephanie Sherron Abbie, selepas mengaku salah mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Hukuman yang diperuntukkan, penjara selama tempoh dua tahun atau denda maksimum RM5,000, atau kedua-duanya.

Mereka didapati melakukan kesalahan itu pada 8 April hingga awal Jun, di sekitar kawasan ibu kota, di sini, dan daerah Penampang.

Rian, Junil dan Aukasah juga diperintahkan dirujuk ke Jabatan Imigresen, setelah tamat tempoh pemenjaraan untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Eddriel diarahkan dikenakan pengawasan polis selama dua tahun.

Pegawai Pendakwa Insp Suzie@Stephanie Kupit melakukan pendakwaan terbabit.

  • oleh
  • Advertisement