Anda di sini

Gempa bumi kuat gegar Osaka

Advertisement
 Polis memeriksa lubang besar di atas jalan raya selepas gempa bumi melanda Takatsuki, di utara wilayah Osaka di Jepun semalam. — Gambar Jiji Press/AFP
PERIKSA: Polis memeriksa lubang besar di atas jalan raya selepas gempa bumi melanda Takatsuki, di utara wilayah Osaka di Jepun semalam. — Gambar Jiji Press/AFP

TOKYO: Sekurang-kurangnya dua orang, termasuk seorang kanak-kanak, maut semalam selepas gempa bumi kuat menggegarkan bandar raya kedua Osaka semasa waktu sibuk pada sebelah pagi, kata kerajaan Jepun.

Jurucakap kanan kerajaan Yoshihide Suga mengesahkan kematian seorang kanak-kanak dan seorang lelaki, dan berkata seorang lagi mangsa turut dikhuatiri terbunuh dalam gempa bumi itu.

“Pada peringkat ini kami mempunyai maklumat bahawa dua orang meninggal dunia,” beliau memberitahu wartawan, sambil menambah 20 lagi mengalami kecedera-an.

Polis tempatan berkata mangsa muda itu adalah seorang budak perempuan berusia sembilan tahun yang meninggal dunia di bandar Takatsuki, di utara bandar  Osaka, dengan media melaporkan dia terperangkap apabila satu bahagian din-ding runtuh menimpa dia di sekolah ekoran gempa bumi 5.3-magnitud.

Badan penyiaran awam NHK melaporkan seorang lelaki berusia 80 tahun terbunuh akibat dinding yang runtuh, dan kematian ketiga adalah seorang lelaki yang terperangkap di bawah rak buku di rumahnya.

Tiada laporan segera me-ngenai kerosakan besar dan tiada amaran tsunami dikeluarkan selepas gempa bumi kuat, yang menyebabkan pengguna komuter terkandas dan puluhan ribu orang tanpa bekalan elektrik.

Perdana Menteri Shinzo Abe memberitahu wartawan bahawa kerajaan sedang “bekerjasama, dengan keutamaan pertamanya adalah menye-lamatkan nyawa rakyat”.

Pegawai tempatan berkata mereka belum menerima laporan mengenai kerosakan besar di kawasan yang pa-ling urban, di mana jalan raya dan landasan kereta api silang-menyilang di sekitar bangunan pangsapuri yang penuh sesak.

NHK menunjukkan rakaman di mana anggota bomba menangani kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah di utara Osaka, dan beberapa pihak penyiaran menunjuk-kan gambar air yang melimpah keluar di jalan raya dari paip bawah tanah.

Gempa bumi berlaku pada jam 8 pagi waktu tempatan, ketika platform dipenuhi penumpang yang menunggu untuk menaiki kereta api komuter ke tempat kerja.

Beberapa perkhidmatan kereta api telah ditangguhkan, termasuk kereta api peluru “shinkansen”.

Lembaga Pengawalan Nuklear berkata ia tidak mengesan sebarang masalah di beberapa loji kuasa atom tempatannya, namun beberapa syarikat, termasuk Honda, mengumumkan mereka sudah meng-hentikan operasi di beberapa kilang tempatan.

Kansai Electric dalam laman sesawangnya berkata kira-kira 170,000 rumah di wilayah Osaka terputus bekalan elektrik.

Walaupun magnitudnya agak rendah, gempa bumi telah mencetuskan gegaran yang agak dirasai, didaftarkan pada tahap rendah enam dalam skala pengalaman Jepun  sehingga tujuh, bermakna ia  adalah sukar untuk terus berdiri.

“Lantai telah bergerak de-ngan sangat kuat. Ia adalah satu gegaran melintang yang kuat. Hampir semua pinggan mangkuk jatuh dan pecah di atas lantai,” kata Kaori Iwakiri, seorang jururawat berusia 50 tahun di Moriguchi, hanya di utara bandar Osaka.

“Ibu bapa saya mengalami ketiadaan bekalan elektrik dan mereka tidak mempunyai air. Saya merancang untuk menghantar air kepada mereka sekarang.”

Eiji Shibuya, 52, berkata gegaran mengingatkannya kepada gempa bumi teruk Kobe pada 1995, yang me-ngorbankan hampir 6,500 nyawa.

“Saya berasa terkejut. Saya tidak mampu melakukan apa-apa,” dia memberitahu AFP dari Itami, sebuah bandar di wilayah timur Osaka.

“Saya berasa bimbang me-ngenai anak lelaki saya kerana dia baharu pergi ke sekolah tingginya. Saya berasa lega apabila saya mengesahkan bahawa dia selamat.”

Beberapa gegaran susulan kecil telah berlaku selepas gempa bumi, dan seorang pegawai agensi meteorologi Jepun menasihatkan penduduk agar berjaga-jaga.

“Terdapat kebimbangan bahawa risiko rumah runtuh dan tanah runtuh telah meningkat di kawasan yang bergegar dengan kuat,” kata Toshiyuki Matsumori, yang bertanggungjawab meng-awasi gempa bumi dalam agensi berkenaan.

Sementara jurucakap kerajaan Suga turut memaklumkan bahawa “terdapat kebarangkalian gegaran susulan yang kuat akan berlaku”.

“Gempa bumi berskala besar berkemungkinan akan berlaku dalam tempoh dua hingga tiga hari akan datang,” katanya. — AFPobyl pada 1986. — AFP

Advertisement