Anda di sini

Dua sekampung cedera kereta bertembung

Advertisement
Pasukan bomba membantu mengeluarkan lelaki berkenaan sementara disaksikan oleh pengguna jalan raya yang lain.

MUKAH: Dua rakan sekampung cedera apabila kereta dipandu masing-masing bertembung dalam satu kemalangan yang berlaku berhampiran Kampung Teh di Jalan Oya-Dalat di sini, sekitar 5.48 petang tadi.

Lelaki dikenalpasti sebagai Markos Kilat patah kaki kanan manakala pemandu wanita, Michel Arni Ali cedera di leher.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, kedua-dua mangsa dari Kampung Tanam diberikan rawatan awal di tempat kejadian sebelum dikejarkan ke Hospital Dalat untuk menerima rawatan lanjut.

Operasi itu diketuai oleh Penolong Bomba Kanan II Jolhan Sahadan dari Balai Bomba dan Penyelamat Mukah serta dibantu unit Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS).

Pasukan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) Dalat serta paramedik Hospital Dalat turut ke lokasi kejadian untuk memberi bantuan.

Operasi tamat sepenuhnya setelah kerja-kerja pembersihan jalan raya dijalankan pada 6.49 petang.

  • oleh
  • Advertisement