Anda di sini

Dua lelaki didakwa rogol adik kandung

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Dua lelaki bersaudara didakwa atas pertuduhan melakukan rogol berkumpulan terhadap adik perempuan kandung mereka sendiri.

Kedua-dua tertuduh yang berusia 24 dan 26 tahun, berhadapan hukuman penjara antara sepuluh tahun hingga 30 tahun, jika sabit salah mengikut Seksyen 375 B Kanun Keseksaan.

Mereka dengan niat bersama merogol mangsa yang berusia 17 tahun dua bulan, pada 6 Jun jam 2 pagi, di sebuah rumah kampung, daerah Papar.

Terdahulu, kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili memohon diberikan ikat jamin, kerana perlu bekerja di samping menanggung keluarga.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwaraya Dinesh Raja membantah jaminan diberikan, kerana kesalahan yang dilakukan serius.

Tambahnya, kedua-dua tertuduh abang kepada mangsa yang mungkin akan menggangu saksi pihak pendakwaan.

Kes berkenaan didengar di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen Rani Maan, di dalam kamarnya.

Beliau menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 27 Julai, untuk pengakuan diambil daripada kedua-dua tertuduh, di hadapan hakim Mahkamah Sesyen.

Tiada jaminan diberikan kepada dua bersaudara berkenaan, yang mana diperintahkan terus direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah.

  • oleh
  • Advertisement