Anda di sini

Budaya berkunjung tunjang utama kekal keharmonian

Advertisement
 (Berdiri dari dua kiri) Sebastian dan Lee semasa berkunjung ke kediaman Samion (tengah) di Piasau Jaya Fasa II sempena Hari Raya Aidilfitri semalam.
ERATKAN PERPADUAN: (Berdiri dari dua kiri) Sebastian dan Lee semasa berkunjung ke kediaman Samion (tengah) di Piasau Jaya Fasa II sempena Hari Raya Aidilfitri semalam.

MIRI: Budaya berkunjung di musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri merupakan tunjang utama dalam mengekalkan keharmonian dan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Sarawak.

ADUN Piasau merangkap Setiausaha Agung Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Sebastian Ting berkata, Malaysia dan Sarawak dilimpahi berkat kerana sambutan Hari Raya Aidilfitri dirai dan dinikmati semua kaum dengan semangat kebersamaan.

“Inilah keunikan masyarakat di Sarawak yang walaupun berbilang kaum dan agama tetapi saling menghormati serta dapat hidup aman harmoni.”

“Ini jelas terbukti dengan budaya rumah terbuka setiap perayaan sama ada Krismas, Tahun Baharu Cina, Gawai ataupun Hari Raya Aidilfitri yang kita lakukan sejak berdekad lalu,” kata Sebastian semasa ditemui menghadiri rumah terbuka di kediaman ketua masyarakat Penghulu Samion Gani di Piasau Jaya Fasa II semalam.

Justeru katanya, semangat perpaduan ini perlu dikekalkan khususnya di kalangan generasi muda agar ia tidak hilang.

Katanya, musim perayaan merupakan satu landasan kepada orang ramai untuk mengukuhkan perpaduan, kebersamaan dan toleransi masyarakat berbilang kaum.

Sementara itu Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan merangkap ADUN Senadin, Datuk Lee Kim Shin berkata, budaya rumah terbuka dan ziarah-menziarahi semasa musim perayaan sudah diamalkan sejak bertahun-tahun.

“Inilah yang menjadikan Sarawak begitu unik di mata masyarakat luar.

“Kita dapat mengekalkan perpaduan dan keharmonian kerana elemen toleransi terus menjadi teras dalam masyarakat kita,” kata lee.

  • oleh
  • Advertisement