Anda di sini

Bas rempuh konsert Belanda, seorang maut, tiga tercedera

Advertisement
 Polis dilihat berkawal di lokasi di mana sebuah kenderaan melanggar orang ramai semasa konsert di bahagian selatan Belanda semalam. — Gambar Reuters
BERJAGA-JAGA: Polis dilihat berkawal di lokasi di mana sebuah kenderaan melanggar orang ramai semasa konsert di bahagian selatan Belanda semalam. — Gambar Reuters

AMSTERDAM: Sebuah bas melanggar empat orang semasa satu konsert Belanda pada awal pagi semalam, membunuh seorang dan mencederakan tiga yang lain, kata polis pada Selasa lepas.

Satu kenyataan polis berkata bas telah dipandu pergi dari tempat kejadian dan sedang dicari.

Laporan media lain me-nyatakan kenderaan adalah sebuah bas putih kecil.

Insiden itu berlaku semasa konsert “Pink Pop”, sebuah festival terkenal yang diada-kan di wilayah Limberg di bahagian selatan Belanda. — Reuters

Advertisement