Anda di sini

Artis ‘dikebumi’ tiga hari di bawah jalan raya Australia

Advertisement
 Gambar dirakam Thomas Hyland pada 14 Jun yang diterima AFP semalam menunjukkan Parr menuruni tangga ke dalam kotak besi seperti keranda sebelum dikebumikan di bawah jalan raya sibuk di Hobart, Tasmania, Australia. — Gambar AFP
AKSI BERANI: Gambar dirakam Thomas Hyland pada 14 Jun yang diterima AFP semalam menunjukkan Parr menuruni tangga ke dalam kotak besi seperti keranda sebelum dikebumikan di bawah jalan raya sibuk di Hobart, Tasmania, Australia. — Gambar AFP

SYDNEY: Seorang artis muncul selepas tiga hari dikebumikan di dalam sebuah kotak besi di bawah jalan raya sibuk di Australia dalam satu pertunjukan yang dikata-kan sebagai penghormatan kepada mangsa keganasan pemerintahan kuku besi.

Mike Parr, 73, telah berpuasa sepanjang dia berada di bawah tanah, dengan oksi-gen dipam masuk ke dalam kontena bersaiz 1.7 meter dan 2.2 meter bagi membolehkan dia terus bernafas ketika lalu lintas berjalan di atasnya.

Dia mempunyai tempat tidur, air, sebuah baldi bua-ngan, sebuah buku lukisan dan pensel bagi aksi di Hobart, sebahagian daripada festival tahunan Dark Mofo di Tasmania, yang menyambut kegelapan melalui seni awam, makanan, filem dan muzik berskala besar.

“Keterujaan bagi kehila-ngan artis itu merupakan bahagian paling utama,” menurut penganjur.

Ia juga merupakan satu cubaan untuk menunjukkan “bayangan keganasan genosid pada kurun ke-19 pemerintahan koloni British di Australia”, tambah mereka.

Parr, yang dikebumikan dengan hanya sebuah lampu kecil, melangkah keluar dari penjaranya dengan menaiki tangga pada lewat kelmarin selepas jentera berat meng-alihkan dengan berhati-hati aspal yang menutupinya.

“Parr adalah seorang artis pertunjukan ketahanan dan dia telah melakukan ini selama beberapa tahun, maka badan dia sudah lali melakukan perkara ini,” kurator Dark Mofo Jarrod Rawlins memberitahu wartawan.

Ketika segelintir menyambut acara itu sebagai mem-provok minda, mereka yang lain berasa bingung.

“Orang bekerja di bawah tanah sepanjang masa. Orang ini berada selama tiga hari di dalam sebuah kotak tanpa melakukan apa-apa, meng-gelar ia sebagai seni dan ia menjadi berita,” kata Rodney Gibbison dalam Facebook.

Tambah James Hank de Ridder: “Alangkah bagus jika saya boleh mendapatkan semula lima minit terakhir dalam hidup saya selepas melihat latihan yang benar-benar tiada makna ini.”

Parr bukan orang asing bagi pertunjukan yang kontroversi, pernah sekali mengguna-kan kapak untuk menetak lengan prostetiknya, yang dia telah isi dengan daging kisar dan darah, di depan sekumpulan penonton yang terkejut.

Dark Mofo, dihasilkan oleh Hobart’s Museum of Old and New Art, telah mencetuskan kontroversi di tempat lain pada tahun ini, menarik kemarahan beberapa penganut Kristian apabila salib yang diterbalikkan telah diletakkan di tebingan sungai di bandar tersebut. — AFP

Advertisement