Anda di sini

Tiga maut dalam kejadian gempa bumi di Osaka

Advertisement
 

TOKYO: Tiga individu disahkan maut termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun, manakala lebih 10 lain cedera susulan gempa bumi kuat melanda wilayah Osaka di barat Jepun pada pagi Isnin, lapor agensi berita rasmi Xinhua yang memetik pegawai penyelamat sebagai berkata.

Menteri pengurusan bencana Jepun, Hachiro Okonogi berkata, terdapat individu masih berada di bawah runtuhan bangunan dan pegawai-pegawai penyelamat tempatan sedang berusaha mengesan mereka. 

Menurut laporan media tempatan, turut berlaku kebakaran dan paip pecah berikutan gegaran tersebut dan sebilangan individu dipercayai terperangkap di dalam lif, kata pegawai penyelamat tempatan.

Meskipun tidak ada amaran tsunami dikeluarkan, Agensi Meteorologi Jepun (JMA) memberitahu magnitud gempa bumi tersebut selepas disemak semula adalah sekuat 6.1 berbanding 5.9, yang melanda Osaka pada jam 7.58 pagi waktu tempatan.
 

Advertisement