Anda di sini

Tentera Israel tembak penduduk Palestin lancar ‘belon api’ dari Gaza

Advertisement

KOTA GAZA, Wilayah Palestin: Tentera Israel kelmarin mencederakan dua penduduk Palestin di Semenanjung Gaza ketika mereka cuba melepaskan belon-belon pembakar ke seberang sempadan Israel.

Seorang jurucakap tentera Israel berkata sebuah “alat udara” telah menembak sebuah kumpulan dekat sempadan Gaza yang melepaskan “belon-belon api” yang membawa bahan mudah terbakar ke dalam negara Israel.

Sumber keselamatan Palestin berkata sebuah dron yang menembak orang di timur kem pelarian Al-Bureij di tengah Semenanjung Gaza.

Dua orang cedera, menurut Ashraf al-Qudra, jurucakap kementerian kesihatan di Gaza.

Kira-kira 20 kebakaran dimulakan kelmarin oleh belon dan layang-layang yang membawa bahan mudah terbakar dari wilayah tersebut merentasi pagar sempadan ke dalam Israel, kata Eli Cohen, jurucakap bagi jabatan bomba di selatan Israel, kepada AFP.

Sejak protes sempadan besar meletus pada 30 Mac lalu, lebih 300 kebakaran telah direkodkan, ujarnya.

Sekurang-kurangnya 130 penduduk Palestin sudah maut dalam serangan Israel dalam jangka waktu yang sama. Tiada warga Israel yang telah terbunuh.

Pada Rabu lepas, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu meluluskan satu ketetapan yang mengecam Israel bagi penggunaan kekerasan yang melampau ke atas orang awam Palestin di Gaza – yang sudah berada di bawah kepungan Israel sejak lebih sedekad lalu.

Penduduk Palestin me-minta untuk pulang ke rumah yang ditinggalkan oleh keluarga mereka atau dari mana mereka diusir pada 1948 sewaktu peperangan yang membawa kepada penubuhan negara Israel. — AFP

Advertisement