Anda di sini

Stor dan kontena penyimpanan barang terbakar

Advertisement
KEADAAN kebakaran yang memusnahkan kontena penyimpanan barang Kompleks Sukan Tawau.
KEADAAN kebakaran yang memusnahkan kontena penyimpanan barang Kompleks Sukan Tawau.

TAWAU: Sebuah stor jenis tidak kekal berukuran 20’x30’ dan kontena penyimpanan barang Kompleks Sukan Tawau telah terbakar 100 peratus awal pagi tadi (Isnin).

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah, Bilik Kawalan BBP Tawau dalam satu kenyataan di sini memaklumkan telah menerima panggilan kebakaran pada jam 04:04 pagi dan seterusnya telah menggerakkan sebuah  jentera bersama sebuah 'water tanker' dan EMRS dengan kekuatan lapan anggota yang diketuai oleh PBK II Zougarana Konin.

Kebakaran berjaya dikawal pada jam 04:20  dan tamat 07:17. Tiada mangsa cedera dilaporkan dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Advertisement