Anda di sini

Rempuhan di kelab Caracas ragut 17 jiwa

Advertisement
 Kenderaan Badan Siasatan Saintifik, Penal dan Jenayah (CICPC) melintasi               kelab Los Cotorros, di mana sekurang-kurangnya 17 maut selepas kanister gas pemedih mata diletupkan di dalamnya, di Caracas, Venezuela kelmarin. — Gambar Reuters
LOKASI KEJADIAN: Kenderaan Badan Siasatan Saintifik, Penal dan Jenayah (CICPC) melintasi kelab Los Cotorros, di mana sekurang-kurangnya 17 maut selepas kanister gas pemedih mata diletupkan di dalamnya, di Caracas, Venezuela kelmarin. — Gambar Reuters
 Saudara-mara mangsa rempuhan di kelab Los Cotorros, di mana kanister gas pemedih mata diletupkan di dalamnya, menunggu dalam keadaan sugul di luar rumah mayat   di Caracas, Venezuela kelmarin. — Gambar AFP
SUASANA PILU: Saudara-mara mangsa rempuhan di kelab Los Cotorros, di mana kanister gas pemedih mata diletupkan di dalamnya, menunggu dalam keadaan sugul di luar rumah mayat di Caracas, Venezuela kelmarin. — Gambar AFP

CARACAS: Seramai 17, termasuk lapan orang bawah umur, maut di sebuah kelab yang sesak di Caracas awal kelmarin apabila sebuah kanister gas pemedih mata diletupkan sewaktu pergaduhan di satu parti, yang mencetuskan rempuhan, kata pegawai Vene-zuela.

Kematian itu berlaku selepas kejadian tumbuk-menumbuk sewaktu parti graduasi se-kolah menengah dan seseorang meledakkan gas pemedih mata, yang menyebabkan lebih 500 orang meluru ke pintu keluar, kata Menteri Dalam Negeri dan Keadilan Nestor Reverol.

Laporan rasmi menyebut mangsa mati kerana kelemasan atau pelbagai trauma.

Sekurang-kurangnya lima orang cedera serius – termasuk seorang dalam keadaan tenat – dalam insiden itu dan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

Dalam kenyataan yang disiarkan oleh televisyen kerajaan VTV, Reverol me-ngesahkan laporan saksi bahawa seorang bawah umur, seorang daripada tujuh yang ditahan dalam insiden itu, disyaki meledakkan gas pemedih mata berkenaan. Seorang lagi bawah umur turut ditahan reman.

Pengurus kelab turut ditangkap kerana gagal me-matuhi “langkah yang mesti diambil untuk mencegah senjata api dan peluru daripada memasuki” tempat awam, kata Reverol.

Kleiver Barrios, 17, adalah antara mereka yang terbunuh di kelab yang dikenali sebagai Los  Cotorros dan terletak dalam kawasan kejiranan El Paraiso, di bahagian barat ibu negara Venezuela.

“Dia mengambil kad pe-ngenalan saya (untuk me-masuki premis walaupun bawah umur). Ia dahsyat sekali. Bagaimanakah seorang budak di sebuah parti memiliki bom gas pemedih mata?” tanya bapa budak lelaki terbabit Luis di rumah mayat Bello Monte ke selatan Caracas.

Kleiver ada baki setahun lagi sebelum dia lulus dari sekolah tinggi dan bekerja dengan bapanya dalam perniagaan keluarga yang menjual daging. Mangsa telah dipelawa ke kelab itu oleh rakan-rakan.

“Dia seorang budak yang baik,” kata bapanya, yang menerima panggilan telefon pada jam 3 pagi tentang kematian anaknya.

Pihak berkuasa menutup kelab itu, yang pada waktu siang dibuka sebagai restoran yang bertindak sebagai tempat perhimpunan bagi komuniti pendatang dari Ecuador.

Poster lama dari kempen pilihan raya Presiden Ecuador, Lenin Moreno, menghiasi bahagian hadapan kelab.

Tragedi itu berlaku ketika sekumpulan orang muda dari beberapa sekolah berlainan meraikan graduasi sekolah menengah mereka, kata Reverol.

Beberapa insiden dengan gas pemedih mata telah berlaku sejak setahun lalu di Venezuela, tetapi tanpa mangsa.

Pada Februari lalu, tiga bom gas pemedih mata di-letupkan di stesen kereta api bawah tanah Caracas, dalam kejadian yang disebut oleh pihak berkuasa sebagai perbuatan “sabotaj” untuk mencetuskan “penyerahan” pihak berkuasa.

Negara itu sedang bergelut dengan krisis ekonomi yang teruk dan tekanan bagi Presiden Nicolas Maduro untuk meletak jawatan, di tengah-tengah kejatuhan harga              minyak, yang membawa kepada kekurangan ubat-ubatan dan makanan yang kronik.

Saluran media, seperti akhbar pembangkang utama di negara itu El Nacional, turut menjadi sasaran serangan dengan kanister gas pemedih mata, yang biasanya diguna-kan oleh polis dan tentera sahaja.

Kebanyakan alat ini dikata-kan jatuh ke tangan orang awam selepas rompakan atau hasil gejala rasuah dalam pasukan polis dan angkatan tentera, dan sering digunakan dalam jenayah. — AFP

Advertisement