Anda di sini

Ranking Curtin di peringkat global meningkat

Advertisement
 Profesor Jim Mienczakowski berbangga kerana Curtin terus mendapat pengiktirafan global.
BANGGA: Profesor Jim Mienczakowski berbangga kerana Curtin terus mendapat pengiktirafan global.

UNIVERSITI Curtin mengekalkan posisi kukuh sebagai universiti terbaik dunia kategori universiti berusia 50 tahun dan ke bawah oleh Times Higher Education (THE) Young University Rankings.

Ranking Curtin naik dari tangga 84 pada tahun lalu ke tangga 68. Kedudukan Curtin juga meningkat ke tangga 250 dari 262 pada 2017  dalam Ranking Universiti Dunia QS (QSWUR) diumumkan minggu lalu.

Pro Naib Canselor Curtin Malaysia, Profesor Jim Mienczakowski berbangga kerana Curtin terus mendapat pengiktirafan global.

“Ini merupakan pencapaian luar biasa dan menunjukkan semangat dedikasi kakitangan dan pelajar,” jelas beliau.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Curtin itu memberitahu pihaknya berjaya meningkatkan kedudukan ‘THE Young University Rankings’ untuk tempoh tiga tahun berturut-turut dari tangga 92 pada 2016, 84 pada 2017 dan 68 tahun ini.

Keputusan membuktikan Curtin menambah baik impak penyelidikan dan meningkatkan pandangan antarabangsa selaras dengan pembukaan kampus di Dubai dan Mauritius serta pembangunan terkini kampus di Malaysia.

‘THE Young University Rankings’ mengukur institusi mengikut lima pengukur pencapaian. Curtin memperbaiki empat dari lima pengukur pencapaian dengan memperolehi peningkatan tertinggi dalam petikan dan pengajaran.

Curtin Malaysia merupakan kampus antarabangsa Curtin dan hab global Asia terbesar di Miri Sarawak.

Lebih 4,000 pelajar dari 50 negara serta kakitangan direkrut dari lebih 15 negara memperkukuh fokus global Curtin menawarkan pembelajaran antara budaya dan antarabangsa dengan persekitaran Malaysia yang unik.

Pelajar menerima pendidikan dan pengalaman pembelajaran sama dengan cawangan kampus induk di Perth.

Sebagai sebahagian dari universiti global memiliki kampus di Australia, Malaysia, Singapura, Dubai dan Mauritius pelajar boleh membuat pilihan mengikuti sebahagian pengajian dan menamatkan ijazah sarjana muda atau meneruskan pengajian ijazah di kampus Curtin lain.

Selepas tamat pengajian, graduan akan menyertai rangkaian aktif lebih 215,000 ahli alumni Curtin seluruh dunia.

  • oleh
  • Advertisement