Anda di sini

Rakyat Semporna perlu sabar

Advertisement

Beri peluang kerajaan baharu laksanakan tanggungjawab


SEMPORNA: Rakyat daerah ini perlu sabar dan memberikan peluang kepada kerajaan baharu melaksanakan tanggungjawab secara berperingkat.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, beliau faham dan mengetahui bahawa semua masyarakat di daerah itu mahukan satu pekerjaan yang baik bagi meningkatkan taraf hidup.

SHAFIE (tengah) bersalaman dengan pengunjung ketika tiba di majlis itu.
SHAFIE (tengah) bersalaman dengan pengunjung ketika tiba di majlis itu.

"Sudah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan peluang pekerjaan tetapi semua harus bersabar kerana perkara ini tidak akan berlaku dengan sekelip mata.

"Saya akan melakukan sedaya upaya untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh rakyat," katanya  ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Ketua Menteri di Padang Pekan Semporna di sini hari ini.

AHLI Parlimen Sepanggar Datuk Asiz Jamman (tiga kanan) bersama tetamu kehormat yang lain.
AHLI Parlimen Sepanggar Datuk Asiz Jamman (tiga kanan) bersama tetamu kehormat yang lain.

Beliau berkata, sumbangan rakyat Semporna kepadanya tidak akan dilupakan kerana tanpa sokongan itu beliau tidak akan berjaya membentuk kerajaan seterusnya menjadi Ketua Menteri.

Katanya, perjuangan yang dilakukan tidak mudah dengan pelbagai cabaran perlu dihadapi.

CHRISTINA (kiri), Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Luyang Phoong Jin Zhe (tiga kiri), Stephen (kanan) bersama tetamu kehormat lain.
CHRISTINA (kiri), Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Luyang Phoong Jin Zhe (tiga kiri), Stephen (kanan) bersama tetamu kehormat lain.

"Saya dihina, dicaci...dimasukkan penjara, tidur atas lantai tanpa diberikan makanan. Namun dengan niat yang baik seterusnya sokongan rakyat Sabah kita berjaya membentuk kerajaan baharu.

"Bagaimanapun saya tidak berdendam, tidak mencaci dengan mana-mana pihak...apa yang dimahukan adalah untuk membela nasib rakyat Sabah dalam era baharu ini," katanya.

Katanya, pembelaan nasib rakyat perlu diutamakan dan mereka yang tidak memililik tanah serta telah memohon selama 50 sehingga 60 tahun akan diberikan geran tanah.

SHAFIE menjelaskan sesuatu kepada pemberita, turut kelihatan Jaujan (kiri), Ahli Parlimen Penampang Darell Leiking (dua kiri) dan Menteri Pelajaran dan Inovasi Datuk Dr Yusof Yacob (kanan).
SHAFIE menjelaskan sesuatu kepada pemberita, turut kelihatan Jaujan (kiri), Ahli Parlimen Penampang Darell Leiking (dua kiri) dan Menteri Pelajaran dan Inovasi Datuk Dr Yusof Yacob (kanan).

Dalam pada itu, majlis yang bermula jam 10 pagi itu mula dibanjiri rakyat Semporna seawal jam 8 pagi.

Kira-kira 20,000 rakyat dari sekitar daerah Semporna hadir untuk memeriahkan suasana rumah terbuka itu.

Sebanyak sembilan ekor kambing golek dan 15,000 cucuk satey telah dihidangkan kepada orang ramai.

DARELL (kanan) bersalaman ketika tiba di majlis itu.
DARELL (kanan) bersalaman ketika tiba di majlis itu.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Timbalan Ketua Menteri Datuk Jaujan Sambakong, Christina Liew, Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Stephen Wong, serta menteri Kabinet yang lain.

ANTARA pengunjung yang hadir dalam majlis itu.
ANTARA pengunjung yang hadir dalam majlis itu.
  • oleh
  • Advertisement