Anda di sini

Perayaan jadi landasan kenali budaya, adat resam sesuatu kaum

Advertisement
MASYARAKAT Islam bersalaman dengan Arunarnsin.
MASYARAKAT Islam bersalaman dengan Arunarnsin.

SANDAKAN: Masyarakat berbilang kaum di negeri ini seharusnya menjadikan setiap perayaan sebagai landasan mempelajari, mengenali kebudayaan serta adat resam sesuatu kaum.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Arunarnsin Taib berkata ini harus dimanfaat semua anggota masyarakat dengan mengunjungi rakan merayakan sesuatu perayaan.

Katanya, sambutan Hari Raya Aidilfitri,  Pesta Kaamatan, Hari Gawai,  Tahun Baharu Cina, Krismas, Deepavali dan yang lain mempunyai keunikan tersendiri dan semua masyarakat berpeluang merayakan semua perayaan itu.

“Inilah keunikan masyarakat kita dan seringkali kita lihat majlis rumah terbuka mereka berkunjung bukan hanya masyarakat merayakan perayaan terbabit malah masyarakat kaum lain,” katanya selepas mengunjungi rumah penduduk di Kampung Gum-Gum, Sandakan sempena Hari Raya Aidilfitri.

Arunarnsin telah menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama lebih 3,000 masyarakat Islam di Masjid Kampung Gum-Gum yang diimamkan oleh Imam Matsaha Adiris dan Katib, Ustaz Ramli Sas .

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gum-Gum berkata, budaya kunjung-mengunjung harus diteruskan kerana amalan itu mampu meningkatkan semangat perpaduan kaum.

ARUNARNSIN menghadiri jemputan hari raya di kediaman masyarakat kampung.
ARUNARNSIN menghadiri jemputan hari raya di kediaman masyarakat kampung.

“Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini juga mampu meningkatkan persahabatan dan perpaduan serta toleransi dan persefahaman di kalangan rakyat.

“Lawatan dan perjumpaan dalam acara-acara seperti rumah terbuka  membolehkan tuan rumah dan tetamu mereka beramah mesra,” katanya.

Di Sabah,  jelasnya toleransi agama dan persefahaman adalah budaya dan hari raya merupakan satu perayaan di mana semua warga meraikan bersama-sama tanpa apa-apa rizab.

Dalam pada itu juga, Arunarnsin menyeru semua lapisan masyarakat Islam mengeratkan lagi perpaduan yang merupakan faktor kekuatan bagi sesebuah negara.

“Pembangunan negara tidak akan bermakna tanpa persefahaman, keharmonian, tolak ansur dan kepercayaan di kalangan rakyat yang berbilang kaum.

"Ia menjadi tanggungjawab setiap mereka tanpa mengira kaum dan agama untuk terus memupuk rasa hormat di kalangan pelbagai agama yang merupakan kunci kepada keamanan dan keharmonian kepada sesebuah negara terutamanya di negeri Sabah," katanya.

Selain itu, beliau berkata proses untuk membangunkan negara adalah proses yang berterusan dan apa yang telah diperolehi setakat ini hendaklah dipelihara dan dibajai supaya lebih subur.

Untuk mencapai matlamat tersebut, katanya semua rancangan untuk pembangunan dan pelaksanaan dasar terhadap keseimbangan sosial perlu digubal dan dirancang dengan semangat untuk mencapai perpaduan negara.

Beliau berkata perpaduan merupakan satu hadiah yang tidak ternilai dan merupakan asas di mana kita membina hubungan, keluarga, masyarakat dan negara.

ARUNARNSIN bergambar bersama tuan rumah yang menjemputnya hadir sempana hari raya.
ARUNARNSIN bergambar bersama tuan rumah yang menjemputnya hadir sempana hari raya.

"Perpaduan perlu bermula dari setiap individu, jika ada perpaduan di dalam pemikiran emosi dan perbuatan seseorang, ia akan diluahkan di dalam perlakuannya terhadap orang lain," katanya.

Arunarnsin juga mengingatkan rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri  (DUN) Gum-Gum agar tidak berpuak-puak atau mewujudkan team A dan team B kerana ini akan hanya merosakkan perpaduan dan mencacatkan perancangan pembangunan di sebuah kawasan.

“Jangan kita wujudkan suasana tidak elok ini, sebaliknya kita bersama-sama serta bekerjasama untuk memastikan kawasan ini menerima pembangunan dari kerajaan untuk manfaat bersama melalui perpaduan kita dan kerjasama berterusan kepada saya sebagai wakil rakyat kepada semua rakyat di kawasan DUN Gum-Gum,” katanya.

ARUNARNSIN bergambar bersama tuan rumah yang menjemputnya hadir sempana hari raya.
ARUNARNSIN bergambar bersama tuan rumah yang menjemputnya hadir sempana hari raya.

Beliau menegaskan masa kita berpolitik sudah berlalu dan tunggulah lima tahun lagi untuk kita berpolitik, hari ini kita memikirkan menyelesaikan masalah rakyat dan membangunkan kawasan.

“Kita sedar banyak lagi yang perlu kita lakukan di kawasan ini. Oleh itu, saya mahu rakyat sentiasa bersama-sama dan bekerjasama dengan saya untuk mengalas tugas memastikan pembangunan serta kebajikan rakyat. Ini saya akan usahakan dan kemukakan kepada kerajaan,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement