Anda di sini

Kehadiran ramai hadiri rumah terbuka bukti rakyat gembira dengan perubahan

Advertisement
JAUJAN
JAUJAN

SEMPORNA: Kehadiran ramai ke majllis rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri di sini menunjukkan rakyat gembira dengan perubahan yang berjaya dicapai.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Jaujan Sambakong berkata, sebelum pilihan raya lalu, pihaknya sudah terdengar suara-suara rakyat yang mahukan perubahan.

"Kali ini dengan kehadiran yang ramai, saya melihat dalam kerjaya politik saya...ini adalah kali pertama rakyat hadir ke rumah terbuka ini sangat ramai di sini.

"Ini menunjukkan mereka gembira kerana hasrat dan matlamat perubahan rakyat telah dicapai," katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Ketua Menteri di Padang Pekan Semporna di sini hari ini.

Beliau berkata, ia juga boleh dilihat sebagai satu implimentsi hasrat rakyat yang kini telah dibuktikan.

KEDUA-DUA Timbalan Ketua Menteri,  Dato Jaujan Sambakong (kiri) bersalam Christina Liew ( kanan ) di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Ketua Menteri di Semporna , turut sama isterinya Datin Rohaya Haji Mansor (kiri dua).
KEDUA-DUA Timbalan Ketua Menteri, Dato Jaujan Sambakong (kiri) bersalaman dengan Christina Liew (kanan) di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Ketua Menteri di Semporna , turut sama isterinya Datin Rohaya Haji Mansor (kiri dua).

"Saya ingin berterima kasih kepada rakyat Sabah khususnya Semporna dengan sokongan diberikan," katanya.

Jaujan yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan menyeru agar rakyat memberikan kerajaan masa untuk melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat.

  • oleh
  • Advertisement