Anda di sini

Indonesia komited perkukuh hubungan dengan Sabah

Advertisement
 Krishna (kiri) bersalaman dengan pengunjung pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Konsulat Indonesia.
PUPUK PERPADUAN: Krishna (kiri) bersalaman dengan pengunjung pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Konsulat Indonesia.

KOTA KINABALU: Republik Indonesia komited dalam memelihara dan memperkukuhkan lagi hubungan baik sedia terjalin dengan kerajaan baharu Sabah demi kebaikan bersama.

Konsul Jenderal Indonesia di Kota Kinabalu Krishna Djelani berkata, konsulat akan bekerjasama dengan kerajaan baharu Sabah seterusnya mengeratkan lagi persahabatan khususnya dalam aspek sosial, ekonomi dan budaya.

“Hubungan bilateral yang terjamin selama ini perlu dipelihara dan dipertingkatkan demi memastikan kelancaran kerjasama antara kedua-dua pihak.

“Kami ingin bekerjasama dengan siapa sahaja pemerintah Sabah demi kebaikan bersama,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Konsulat Indonesia, di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, kini ramai rakyat Indonesia yang menetap dan bekerja di sini secara berdaftar.

Katanya, rakyat Indonesia juga perlu sentiasa mematuhi undang-undang sedia ada di Malaysia.

Dalam pada itu, Krishna berkata rumah terbuka itu diadakan bagi menggalakkan rakyatnya berkumpul merayakan Hari Raya Aidilfitri dalam semangat bersatu padu.

“Khususnya kepada mereka yang tidak dapat pulang ke Indonesia. Rumah terbuka ini khas bagi membuatkan mereka seperti berada di rumah sendiri,” katanya.

Advertisement