Anda di sini

Cadangan bentuk parti politik pelbagai kaum akan dipertimbangkan - KM

Advertisement
 

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) pimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg akan mengambil kira cadangan pembentukan satu parti pelbagai kaum. 

Bagaimanapun, menurut Abang Johari, ia tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa kerana ini adalah satu evolusi. 

“Memang Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri James Masing ada mencadangkan pembentukan GPS sebagai satu parti pelbagai kaum. 

“Kita akan mengambil kira cadangan ini tetapi kita jangan tergesa-gesa. Apabila masyarakat memahami kepentingan untuk disatukan baru kita dapat laksanakanannya,” kata Abang Johari ketika ditemui hari ini. 

Terdahulu, beliau memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Presiden Persekutuan Persatuan Komuniti Bahagian Kuching, Datuk Sim Swee Yong di kediaman keluarga mendiang yang terletak di Everbright Estate, Jalan Batu Kawa di sini.  

Ditanya bila mesyuarat GPS seterusnya, Abang Johari yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata, akan memaklumkannya kemudian. 
 

  • oleh
  • Advertisement