Anda di sini

Bomba Limbang sertai latihan panggilan kemalangan jalan raya

Advertisement
 Anggota Bomba mengepam ‘Air Lifting Bag’ di BBPL.
TINGKAT KEMAHIRAN: Anggota Bomba mengepam ‘Air Lifting Bag’ di BBPL.
 Anggota bomba Limbang menjalani latihan panggilan Kemalangan Jalan Raya Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri.
LATIHAN: Anggota bomba Limbang menjalani latihan panggilan Kemalangan Jalan Raya Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri.

SERAMAI lapan anggota bomba diketuai Pemangku Ketua Balai Bomba Limbang (BBL) yang juga Pegawai Operasi Zon Tujuh, Azman Ibrahim mengadakan latihan panggilan Kemalangan Jalan Raya Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Latihan membabitkan sebuah jentera bomba itu diadakan di Lapangan Terbang Lama Limbang.

Menurut Azman, pihaknya menerima panggilan jam 7.31 pagi untuk ke lokasi jauhnya empat kilometer dan jentera tiba di lokasi kejadian lima minit kemudiannya.

“Jentera balik ke balai jam 7.49 pagi seterusnya latihan pengukuhan menggunakan ‘Air Lifting Bag’ dilakukan di kawasan Jentera BBP Limbang,” katanya.

Menurutnya, latihan itu diadakan untuk mempersiap anggota bomba berdepan kes kemalangan jalan raya pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri ini.

Advertisement