Anda di sini

Wanita Indonesia ditelan ular sawa gergasi

Advertisement

MAKASSAR: Seorang wanita Indonesia telah dijumpai di dalam perut seekor ular sawa gergasi selepas ular yang besar perut itu ditangkap dekat tempat di mana wanita tersebut hilang ketika menjaga kebun sayurnya, kata polis semalam.

Mayat Wa Tiba, 54, dijumpai kelmarin apabila penduduk kampung membelah perut ular sawa sepanjang tujuh meter itu yang dijumpai kembung di perkampungan Persiapan Lawela di pulau Muna, di perairan Sulawesi.

“Penduduk menyangka bahawa ular itu telah menelan mangsa, lalu mereka membunuhnya, kemudian membawanya keluar dari kebun,” kata ketua polis tempatan, Hamka, yang mempunyai hanya satu nama sahaja seperti keba-nyakan warga Indonesia.

“Perut ular itu dibelah dan mayat mangsa dijumpai di dalam.”

Kira-kira 100 penduduk, termasuk saudara-mara yang bimbang, memula-kan usaha untuk mencari wanita itu selepas dia tidak pulang dari kebunnya pada malam kelmarin.

Hamka berkata penduduk kampung menjumpai ular gergasi itu kira-kira 30 meter dari parang dan sandal Tiba, dan menambah ia menelan kepala terlebih dahulu dan tubuhnya dijumpai sempurna.

Kebun di mana mangsa hilang terletak di kaki lereng bukit berbatu-batan, yang mempunyai gua-gua, dan diketahui menjadi tempat tinggal ular, ujar Hamka.

Ular sawa gergasi, yang biasanya mencecah enam meter panjang, biasanya dijumpai di Indonesia dan Filipina.

Walaupun ular diketahui pernah menyerang haiwan kecil, cubaan untuk memakan orang amat jarang sekali berlaku.

Pada Mac tahun lepas, seorang petani dibunuh oleh seekor ular sawa di perkampungan  Salubiro, Pulau Sulawesi. — AFP

Advertisement