Anda di sini

Rumah terbuka Kabinet negeri meriah

Advertisement
SHAFIE (kanan) dan Shuryani (dua kanan) menghidangkan makanan kepada orang ramai.
SHAFIE (kanan) dan Shuryani (dua kanan) menghidangkan makanan kepada orang ramai.

KOTA KINABALU: Kira-kira 20,000 rakyat dari sekitar Bandaraya Kota Kinabalu datang memeriahkan sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kabinet Negeri Sabah di sini hari ini (Ahad).

Majlis yang bermula seawal jam 9 pagi itu mula dibanjiri rakyat dan keadaan itu berterusan sehingga waktu tengahari.

Lebih 50 gerai makanan dibuka yang menyajikan pelbagai makanan tempatan yang bermula pada jam 10 pagi hingga jam 1 petang.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah R.M. Jasni, Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan isteri Datin Seri Shuryani Shuib serta Menteri-menteri Kabinet negeri yang lain.

JUHAR bersalaman dengan  pengunjung majlis itu.
JUHAR bersalaman dengan pengunjung majlis itu.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Ewon Benedick ketika ditemui berpendapat sambutan hari raya bukan sahaja diraikan oleh rakan dari kalangan beragama muslim tetapi juga rakyat atau keluarga secara keseluruhannya.

"Ini kerana dalam keluarga besar saya, terdapat juga mereka yang beragama muslim dan ia dilihat bukan sebagai perbezaan sebaliknya sebagai pengikat kekeluargaan atau komuniti di kampung.

"Ini membolehkan setiap masyarakat meraikan pelbagai perayaan sepanjang tahun," katanya.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Junz Wong berkata, sambutan perayaan seumpamanya adalah unik kepada negara ini khususnya di Sabah.

Katanya, Sabah sejak sekian lama dikenali sebagai masyarakat yang mempunyai daya toleransi tinggi dan keadaan itu wajar dikekalkan.

Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Jenifer Lasimbang berkata, sambutan Hari Raya turut diraikan oleh semua kaum dalam berbagai agama di Sabah.

"Ini disebabkan persefahaman kita di antara satu sama lain sudah lama terjamin dan tidak wujud sebarang masalah untuk sama-sama meraikan sesuatu perayaan,"katanya.

JUNZ (tiga kanan) dan Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Stephen Wong (empat kanan) merakamkan gambar kenangan bersama pemimpin Tionghua yang hadir.
JUNZ (tiga kanan) dan Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Stephen Wong (empat kanan) merakamkan gambar kenangan bersama pemimpin Tionghua yang hadir.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemabong Jamawi Jaafar berkata, rumah terbuka yang diadakan di Yayasan Sabah ini membuktikan bahawa komitmen kerajaan baharu untuk memperkasakan kebajikan rakyat negeri ini.

Katanya, Yayasan Sabah satu ketika dahulu gagah dan memberikan pelbagai bantuan kebajikan kepada rakyat dan keadaan itu akan diwujudkan semula.

"Marilah kita hentikan berpolitik dan menumpukan perhatian kepada gerak kerja serta menjaga kebajikan rakyat," katanya.

  • oleh
  • Advertisement