Anda di sini

Kerajaan beri tumpuan bela nasib rakyat

Advertisement
SHAFIE mengagih makanan kepada tetamu. Turut sama isterinya Datin Seri Hajjah Shuryani Dato' Hj. Shuaib ( duduk kanan) dan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Jaujan Haji Sambakong (berdiri kiri tiga ) serta isteri Dato Jaujan Datin Rohaya Haji Mansor (berdiri kanan) sempena majlis itu

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan memberikan tumpuan sepenuhnya dalam usaha membela nasib rakyat dari segi semua aspek.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, pembelaan itu diwajibkan dalam semua aspek bagi membentuk sebuah negeri yang mantap.

"Kepimpinan era baharu ini akan membuka banyak peluang kepada anak-anak Sabah yang mana sektor ekonomi dan pendidikan adalah aset penting untuk masa depan negeri kita.

"Ini membolehkan kita melakar satu sejarah baharu di peringkat negeri dan akan menjadikan sektor ekonomi Sabah lebih kuat serta mantap,"katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kabinet Negeri Sabah, di sini hari ini (Ahad).

PEMBANTU Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Jane Lasimbang (dua kanan) dan Adun Paginatan Datuk Abidin Madingkir (dua kiri) di majlis itu.
PEMBANTU Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Jane Lasimbang (dua kanan) dan Adun Paginatan Datuk Abidin Madingkir (dua kiri) di majlis itu.

Beliau berkata, kepimpinan era baharu ini akan membolehkan pembangunan ekonomi Sabah setanding dengan negeri maju yang lain dalam negara ini.

Selain itu, Shafie yang juga Menteri Kewangan menyeru agar rakyat Sabah terus menjaga keharmonian dan perpaduan dalam memantapkan lagi kemakmuran masyarakat majmuk yang terjalin.

Menurutnya, perbezaan agama dan suku kaum masyarakat di Sabah bukan menjadi penghalang utama bagi mengukuhkan sifat perpaduan dalam kalangan masyarakat di negeri ini.

"Perbezaan agama dan adat resam bukan menjadi penghalang kepada kita untuk saling hormat menghormati antara satu sama lain.

"Seperti contoh hari ini kita meraikan perayaan Hari Raya, ramai masyarakat yang berbeza latar belakang turun memeriahkan majlis.

SHAFIE bersalaman dengan pengunjung yang hadir sambil ditemani isterinya Shuryani (dua kiri).
SHAFIE bersalaman dengan pengunjung yang hadir sambil ditemani isterinya Shuryani (dua kiri).

"Jadi kita harus gunakan peluang ini dan manfaatkkan perbezaan untuk kita saling kenal-mengenal dan mengeratkan hubungan,"katanya.

Hadir sama ialah Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin, isterinya Datin Seri Shuryani Shuib, Timbalan Ketua Menteri Christina Liew, Datuk Seri Panglima Madius Tangau serta menteri-menteri Kabinet yang lain.

Advertisement