Anda di sini

Ibu dan anak berkomplot serang Britain dijatuhi hukuman penjara

Advertisement
RIZLAINE BOULAR
RIZLAINE BOULAR
MINA DICH
MINA DICH

LONDON: Mahkamah kelmarin menjatuhkan hukuman penjara ke atas seorang ibu dan anak perempuannya, yang menubuhkan sebuah sel pengganas wanita yang dikaitkan dengan kumpulan Daesh (IS), kerana merancang serangan di Britain.

Rizlaine Boular, 22, dipenjara seumur hidup.

Dia telah merancang untuk menikam orang di sekitar Istana Westminster di tengah London pada tahun lepas, manakala ibunya yang berusia 44 tahun Mina Dich mengakui membantu dalam komplotnya.

Skim itu telah dicadangkan oleh adik perempuannya Safaa Boular, 18, yang mahu menyasari orang ramai di Muzium British tetapi ditangkap dan ditahan reman dalam penjara berhubung cubaannya untuk menjadi pengantin jihad di Syria.

Selepas dia ditahan, adik-beradik itu berkongsi panggilan telefon di mana mereka berbincang mengenai meng-adakan parti teh dengan tema ‘Alice In Wonderland’ yang menurut pendakwa raya adalah kod bagi satu serangan.

Badan keselamatan melancarkan operasi pengawasan proaktif, dan pada April 2017 mengekori Rizlaine Boular dan ibunya ketika mereka menjalankan kerja peninjauan ke atas mercu tanda di London untuk dijadikan sasaran serangan.  

Beberapa hari kemudian, anggota polis bertindak untuk menangkap ibu dan anak itu dalam operasi di mana polis telah menembak Rizlaine Boular, yang pulih sepenuhnya.

Anggota keluarga, termasuk Safaa Boular, didakwa atas tuduhan menyediakan perbuatan pengganas.

Dia menafikan dakwaan itu tetapi didapati bersalah oleh juri pada minggu lepas dan akan dijatuhi hukuman pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Rizlaine Boular mengaku bersalah pada awal tahun ini dan kini berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup, dengan tempoh minimum 16 tahun.

Ibu mereka yang lahir di Maghribi, Dich, dijatuhi hukuman minimum penjara enam tahun sembilan bulan serta lima tahun bagi lesen lanjutan.

Hakim Mark Dennis berkata tertuduh “gagal dalam peranannya sebagai seorang ibu” dan memainkan “peranan signifikan” dalam menyemai fahaman radikal ke dalam anak-anak perempuannya, sekali gus memikul “tanggungjawab yang berat”.

Dennis memberitahu Rizlaine Boular bahawa dia telah merancang “perbuatan jahat” yang lahir daripada panda-ngan yang diputar-belit.

“Ini adalah individu yang berjalan di lebuh pada hari ini dengan kehidupan yang mungkin telah rosak sehingga tidak dapat diperbaiki atau hilang jika tidak kerana campur tangan polis dan badan keselamatan,” katanya.

Defendan, yang memakai jubah Islam dalam kandang, tidak menunjukkan sebarang reaksi.

Peguam Boular, Imran Khan, berkata komplot anak guamnya adalah satu misi bunuh diri, kerana ketika itu dia mahu mati, tetapi kini sudah melupakan pandangannya pada masa lalu.

Kieran Vaughan, peguam Dich, berkata Dich memainkan “peranan lebih kecil” dalam komplot berkena-          an. — AFP

Advertisement