Anda di sini

Dron AS bunuh ketua Taliban Pakistan

Advertisement

KABUL: Presiden Afghanistan Ashraf Ghani kelmarin mengesahkan ketua Taliban Pakistan Maulana Fazlullah telah terbunuh dalam satu serangan dron Amerika Syarikat (AS).

Fazlullah dipercayai telah mengarahkan pembunuhan Malala Yousafzai yang gagal pada 2012.

Yousafzai seterusnya menjadi simbol global bagi perjuangan untuk hak gadis bersekolah dan kemudian memenangi Hadiah Ke-amanan Nobel.

Tentera AS menyasari Fazlullah dalam satu sera-ngan antiterorisme Khamis lepas di wilayah timur Kunar, berhampiran sempadan antara Afghanistan dan Pakistan, kata pegawai AS, tanpa mengesahkan kematiannya.

“Saya bercakap dengan Perdana Menteri #Pakistan Nasir ul Mulk dan Ketua Kakitangan Tentera Jene-ral Qamar Javed Bajwa dan mengesahkan kematian Mullah Fazlullah,” tweet Ghani, yang menambah: “Kematiannya adalah hasil maklumat perisikan manusia yang tidak kenal erti lelah oleh #agensi keselamatan Afghan.”

Ghani menambah pe-mimpin Pakistan memberi jaminan kepadanya bahawa serangan itu adalah “satu langkah besar ke arah membina kepercayaan antara kedua-dua negara”, dan pada waktu yang sama menggesa mereka untuk “membawa Taliban Afghan yang duduk di Pakistan ke meja run-dingan”.

Pakistan sekian lama dituduh menyokong Taliban Afghan dan menyediakan tempat perlindungan yang selamat untuk pemimpinnya – dakwaan yang dinafikan oleh Islamabad.

Pakistan pula menuduh Afghanistan melindungi Taliban Pakistan. Tentera Pakistan menyifatkan kematian Fazlullah sebagai “perkembangan yang positif”.

Kumpulan Fazlullah – Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP)  dalam bahasa Urdu – mendalangi pembunuhan lebih 150 orang di sebuah sekolah di Peshawar pada Disember 2014, dan sembilan kematian dalam satu lagi serangan pada Disember 2017 di kota yang sama.

Dia seterusnya bersem-bunyi di Afghanistan pada 2009 dan kematiannya “melegakan puluhan keluarga Pakistan yang menjadi mangsa keganasan TTP termasuk pembunuhan beramai-ramai (di sekolah),” kenyataan tentera Pakistan menambah.

Namun Pentagon enggan mengesahkan kematian Faz-lullah, dan hanya berkata ia mungkin akan memakan masa untuk mengumpul bukti kukuh.

Ketua tertinggi militan pernah dilaporkan mati sebelum ini – hanya untuk muncul semula kemudian.

“Kami menyasari Fazlullah tetapi kami belum bersedia untuk mengumumkan cepumas,” kata seorang pegawai pertahanan AS kepada AFP.

Seorang lagi pegawai pertahanan turut mengesahkan serangan itu menyasari Faz-lullah.

Jabatan Negara AS pada Mac lalu mengumumkan hadiah sebanyak AS$5 juta (RM19 juta) untuk bantuan bagi mengesan lokasi Fazlullah, yang pernah dikaitkan dengan serangan berdarah di Pakistan dan cubaan serangan bom kereta di Times Square, New York pada 2010.

Ia berkata kumpulan itu telah “menunjukkan pakatan yang erat dengan Al-Qaeda” dan memberi latihan bahan letupan kepada Faisal Shahzad, yang menjadi pengebom di Times Square.

Menurut pegawai rasmi Pakistan, Fazlullah, yang dipercayai dalam lingkungan usia 40-an, berselindung di Afghanistan selepas TTP di-usir keluar dari Pakistan ekoran beberapa operasi serangan oleh tentera ke atas tempat persembunyiannya.

Sebagai seorang gadis sekolah, Malala menjadi seorang aktivis yang menulis tentang kehidupannya di bawah puak Taliban.

Dia menjadi simbol global bagi hak asasi manusia selepas seorang lelaki bersenjata menaiki basi sekolahnya pada 9 Oktober 2012, bertanya “siapa Malala?” dan me-nembaknya.

Taliban Pakistan menu-duhnya menjalankan aktiviti “anti-Islam” dan “memburuk-burukkan” kumpulan tentera dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas serangan berlaku.

Dia menerima rawatan untuk kecederaannya di kota Birmingham, England, di mana dia turut melengkapkan pengajiannya. — AFP

Advertisement