Anda di sini

Satu maut, tiga parah

Advertisement

Kemalangan maut di Kilometer 128, Jalan Sandakan-Lahad Datu

KINABATANGAN: Persiapan akhir menyambut 1 Syawal bertukar tragis bagi empat beranak, apabila ayah mereka maut dalam kemalangan di Kilometer 128 Jalan Sandakan - Lahad Datu, petang Khamis.

Dalam kejadian jam 1.30 petang, mangsa yang merupakan pemandu maut, manakala isteri serta dua anaknya cedera parah selepas kereta pacuan empat roda mereka naiki bertembung dengan lori treler.

BEGINILAH keadaan kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki empat beranak terbabit.
BEGINILAH keadaan kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki empat beranak terbabit.

Ketua Polis Daerah, Superintendan A. Sahak Rahmat berkata mangsa dikenali sebagai Mohd Faizal Shamsudin , 41, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

"Isterinya, Sabaliah Jannary, 34, mengalami kecederaan parah akibat patah tangan kiri dan luka di muka serta mulut," katanya.

Beliau berkata dua anak mereka Mohammad Faiz Rayyan, 5, cedera bengkak di dahi dan Mohammad Faiz Rafiq, 3, alami kecederaan pendarahan di kepala.

"Kejadian itu berlaku di satu jalan berselekoh di mana kesemua mangsa dalam perjalanan dari Kampung Paris 1 menuju ke Jeroco.

"Apabila sampai di tempat kejadian tiba-tiba kereta dipandu oleh mangsa telah masuk lorong jalan lori berkenaan," katanya.

LORI  treler yang bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda terbabit.
LORI treler yang bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda terbabit.

Beliau berkata kesemua mangsa cedera dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk menerima rawatan lanjut.

"Mayat mangsa dihantar ke hospital yang sama untuk dibedah siasat dan telah dituntut oleh anggota keluarga," katanya.

Beliau berkata pihaknya menjalankan siasatan kes terbabit mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

  • oleh
  • Advertisement