Anda di sini

PPKS/ICATS Miri bantu 13 keluarga asnaf

Advertisement
 Syuhaira bersama kakitangan PPKS/ICATS Miri sempat beramah mesra bersama penerima sebelum mengagihkan sumbangan.
TANYA KHABAR: Syuhaira bersama kakitangan PPKS/ICATS Miri sempat beramah mesra bersama penerima sebelum mengagihkan sumbangan.
 Syuhaira (tengah) mewakili PPKS/ICATS Miri menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima Program Tautan Kasih Syawal.
IKHLAS: Syuhaira (tengah) mewakili PPKS/ICATS Miri menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima Program Tautan Kasih Syawal.

SEBANYAK 13 keluarga asnaf sekitar Tudan, Permyjaya dan Lutong di Miri menerima sumbangan daripada Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS)/Kolej Antarabangsa Teknologi Lanjutan Sarawak (ICATS) sempena Ramadan.

Sumbangan merupakan Program Tautan Kasih Syawal disampaikan kepada penerima diketuai Pemangku Pengarah Kampus PPKS/ICATS Miri, Syuhaira Mohd Zin.

Antara sumbangan diagihkan itu ialah beras, minyak masak, Milo, kopi, mi segera dan barangan keperluan lain selain wang ringgit.

Semua barangan keperluan itu merupakan hasil sumbangan kakitangan PPKS/ICATS Miri, individu dan syarikat persendirian.

Menurut Syuhaira, ini merupakan program julung kali dianjurkan dan aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) di samping merapatkan ukhuwah kakitangan terbabit bersama masyarakat.

“Ini juga merupakan khidmat bakti kita kepada golongan memerlukan. Malah, kita berterima kasih dan menghargai sumbangan dan kerjasama diberikan diharap dapat diteruskan pada masa akan datang,” jelasnya.

Katanya, program itu tidak hanya tertumpu pada Ramadan atau Hari Raya sahaja ia turut dilaksanakan untuk sambutan lain seperti Hari Gawai dan Krismas.

Menurut Syuhaira, pihaknya turut mengadakan majlis pengagihan bubur kacang.

Melalui kerjasama kakitangan itu mereka menyediakan sejumlah 150 bungkus bubur kacang kemudiannya diedarkan kepada masyarakat sekitar kawasan kampus PPKS/ICATS Miri.

  • oleh
  • Advertisement