Anda di sini

Filem ‘Hereditary’ dipuji sebagai satu mahakarya moden dalam genre seram

Advertisement
__alt__

DALAM sebuah filem di mana semua yang berlaku tidak seperti yang diharapkan, ‘Hereditary’ adalah sebuah filem yang bagus dengan para pengkritik memuji ia sebagai satu mahakarya moden dalam genre seram.

Baharu sahaja memulakan tayangan di pawagam AS, ‘Hereditary’ dibintangi oleh aktres Australia Toni Collette sebagai anak perempuan kepada seorang wanita yang kematiannya menyingkap rahsia menakutkan mengenai asal usul keluarga mereka.

Filem itu telah mendapat 100 peratus tanda berkenan yang jarang sekali berlaku di laman sesawang penjumlahan ulasan Rottentomatoes.com, sementara lakonan Collette mendapat pujian awal dan dikatakan layak dicalonkan dalam acara anugerah dengan Variety mengatakan ia “mengejutkan.”

“Anda inginkan sesuatu yang asli dan untuk suara berani datang menyerbu,” kata Collette kepada Reuters mengenai peranan itu.

Skrip itu, yang ditulis oleh penulis dan pengarah pertama kali Ari Aster, “adalah membingungkan kerana pada akhirnya ia hanya satu kisah yang belum diproses, semulajadi dan jujur tentang kepiluan dan ketidakbolehan untuk mengharunginya dan bagaimana ia mengubah dinamik dalam keluarga itu,” katanya.

Watak lakonan Collette, Annie Graham, pada mulanya kelihatan sebagai seorang ibu yang garang yang melindungi keluarganya, namun dia menjadi seorang yang tenggelam dan tidak keruan semakin jalan cerita berkembang.

“Terlalu banyak jangkaan dan harapan mengenai apa sebenarnya menjadi ibu dan watak saya adalah berbeza dengan semua itu. Saya sangat sukakannya kerana ia tidak selalunya sesuatu yang menggembirakan bagi kebanyakan wanita,” kata Collette.

Time Out menggambarkan ‘Hereditary’ sebagai “generasi baharu ‘The Exorcist,’” manakala Hollywood Reporter berkata premis berniat jahat filem itu berubah menjadi “satu siri yang seakan tiada akhirnya mengenai arah yang tidak dijangkakan sepanjang dua jam menahan nafas yang tiada henti dengan ketakutan yang tidak berkurang walau seminit.”

“Saya telah membuat begitu banyak filem yang tidak menemui audiens mereka untuk apa sahaja alasan, dan ia adalah satu keajaiban yang mana-mana filem dibuat, lebih-lebih lagi diterima,” kata Collette, yang sebelum ini dikenali untuk komedi ‘Little Miss Sunshine’.

“Kelihatannya ada satu tenaga ketara dan minat mengenai filem yang satu ini, yang mana adalah sesuatu yang hebat.” — Reuters

Advertisement