Anda di sini

Dua mati ditikam di masjid Afrika Selatan

Advertisement
 Kenderaan polis dilihat berhampiran mayat lelaki yang mati ditembak oleh polis kerana enggan menyerah diri selepas membunuh dua orang di sebuah masjid di Malmesbury, kira-kira 50 kilometer utara Cape Town semalam. — Gambar AFP
MATI DITEMBAK: Kenderaan polis dilihat berhampiran mayat lelaki yang mati ditembak oleh polis kerana enggan menyerah diri selepas membunuh dua orang di sebuah masjid di Malmesbury, kira-kira 50 kilometer utara Cape Town semalam. — Gambar AFP

CAPE TOWN: Seorang lelaki menikam sehingga mati dua orang dalam satu serangan di sebuah masjid di Afrika Selatan pada awal semalam, sebelum dia ditembak mati oleh polis, kata polis.

Beberapa orang turut ce-dera dalam serangan itu di bandar Malmesbury dekat bandar raya barat daya Cape Town.

“Polis Malmesbury dipanggil ke sebuah masjid tempatan dan menjumpai dua orang yang mati akibat luka tikaman dan beberapa orang yang cedera,” kata Noliyoso Rwexana, jurucakap polis Western Cape, kepada AFP.

“Suspek yang dipercayai dalam lingkungan usia 30-an dan bersenjatakan pisau menyerang polis yang cuba memujuknya untuk menye-rah diri.

“Dia tidak mempedulikan seruan itu dan cuba menye-rang polis. Dia telah ditembak mati.”

Rwexana berkata polis kini sedang “mencari petunjuk di tempat kejadian”.

Motif serangan itu belum lagi jelas.

Ia berlaku sebulan selepas satu serangan yang serupa di sebuah masjid Syiah di bandar Verulam, di pinggir kota pelabuhan timur Durham.

Tiga penyerang tidak dikenali membunuh seorang lelaki dengan mengelar lehernya dan mencederakan dua orang lain selepas solat tengah hari di masjid.

Polis masih mencari penye-rang terbabit dalam serangan itu. Motif serangan tidak jelas, tetapi polis berkata ia ada “unsur-unsur ekstremisme”.

Serangan di Verulam dipercayai luar biasa di Afrika Selatan, di mana kira-kira 1.5 peratus daripada 55 juta penduduk di negara itu adalah Muslim.

Negara itu berbangga dengan toleransi agama dan tidak ada rekod keganasan yang dikaitkan dengan agama. — AFP

Advertisement