Anda di sini

Warga asing disyaki mabuk terjatuh dari bangunan

Advertisement
 Lelaki warga Indonesia terbaring di atas jalan selepas terjatuh dari atas bangunan bilik sewa di Sibu pagi semalam.
MABUK: Lelaki warga Indonesia terbaring di atas jalan selepas terjatuh dari atas bangunan bilik sewa di Sibu pagi semalam.

SIBU: Seorang lelaki warga Indonesia disyaki mabuk sehingga hilang kawalan diri, terjatuh dari sebuah bangunan di Jalan Raminway di sini pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata pihaknya selepas menerima maklumat daripada orang awam, pergi ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa terbaring di atas jalan di lorong belakang bangunan bilik sewa sekitar jam 8 pagi itu.

“Lelaki berumur 28 tahun itu masih bernyawa dan hanya mengalami kecederaan di bahagian dagu, kaki dan tangan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Katanya, siasatan awal polis mendapati tiada unsur jenayah di tempat kejadian.

“Kami mendapati tiada petunjuk atau maklumat menunjukkan mangsa membunuh diri di tempat kejadian dan dia disyaki mabuk,” jelasnya.

Menurut Stanley, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sibu oleh ambulans untuk mendapat rawatan dan tindakan lanjut.

Advertisement