Anda di sini

Wanita bebas tuduhan sebabkan kematian dengan cuai

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Seorang wanita dibebaskan tanpa dilepaskan oleh Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan menyebabkan kematian dengan cuai.

Majistret Stephanie Sherron Abbie membuat keputusan itu terhadap Vivien Jang Julim, 29, yang didakwa mengikut Seksyen 304 A Kanun Keseksaan.

Hukuman yang diperuntukkan, jika sabit salah boleh dikenakan penjara selama tempoh dua tahun atau denda.

Mengikut pertuduhan, Vivien melakukan perbuatan gopoh dan cuai sehingga menyebabkan kematian seorang wanita Lisabilah Dulima, 29.

Kesalahan dilakukan pada 6 Julai tahun lalu jam 6.30 petang, di Jalan Tuaran ByPass hadapan Sekolah Agama Inanam, di sini.

Tertuduh mula didakwa pada 14 Mac dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu.

Mahkamah juga memerintahkan agar ikat jamin sebanyak RM3,000 yang dicagarkan dua penjamin tempatan, dikembalikan kepada tertuduh.

  • oleh
  • Advertisement