Anda di sini

Penemuan mayat kanak-kanak dibaham buaya dapat perhatian netizen

Advertisement
 

TUNGKU: Di saat umat Islam bersedih meninggalkan Ramadan dan kanak-kanak mula kegirangan menyambut Syawal, sebuah kisah benar menyayat hati di media sosial mendapat perhatian netizen.

Pada  rakaman video yang dikongsi di Facebook menunjukkan penemuan mayat seorang kanak-kanak disyaki dibaham buaya.

Kejadian yang berlaku di Sungai Kampung (Kg) Tagupi, dekat sini, mendapat perhatian netizen setelah video yang  berdurasi 111 saat itu dimuatnaik pada Rabu oleh seorang sukarelawan di media sosial Facebooknya.

Pada rakaman yang kini disaksikan lebih 600 paparan itu mengatakan mangsa mati setelah disyaki menjadi habuan keganasan buaya.

"Mangsa telah ditemukan tepat 5.54, dikejarkan ketepi sungai... mangsa dijumpa dalam keadaan begini," kata individu yang merakam video itu.

Menurut sumber sahih mengenai kejadian, laporan kejadian telah dibuat sejak kanak-kanak itu disedari tidak balik ke rumahnya.

Susulan kehilangan itu, pasukan sukarela bergerak di setiap pelusuk kampung termasuklah di lokasi kejadian.

"Lokasi kejadian kira-kira 500 meter dari kediaman mangsa dan dia ditemui dalam keadaan sebhagian badannya sudah tiada," kata sumber itu.

Salah seorang yang melihat rakaman video itu, Basrin Ismail dari Kg Telisai berkata dia terkejut dan bersimpati dengan keluarga mangsa.

"Saya berharap keluarganya tabah dan menerima keadaan ini dengan tenang," katanya.

Beliau berharap pihak berwajib terutama Jabatan Hidupan Liar dapat bertindak terutama mengawal populasi buaya di kawasan tersebut.

Pegawai Hidupan Liar Daerah Lahad Datu ketiga dihubungi berkata pihaknya masih tidak menerima laporan mengenai kejadian itu namun bersedia bertindak susulan kejadian itu.

  • oleh
  • Advertisement