Anda di sini

Pastikan kontraktor kutip sampah ikut jadual

Advertisement
 Keadaan sampah penuh dan berbau busuk. Kelihatan seorang pekerja kontraktor melakukan kerja-kerja pembersihan mengutip sampah semalam.
KOTOR: Keadaan sampah penuh dan berbau busuk. Kelihatan seorang pekerja kontraktor melakukan kerja-kerja pembersihan mengutip sampah semalam.

MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) digesa memastikan kontraktor yang dilantik mereka untuk mengutip sampah mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut Dr Ting Tiong Choon berkata masalah sampah berbau di Tamu Pujut Corner di sini berpunca daripada kontraktor terbabit tidak mengikut jadual mengutip sampah yang ditetapkan.

“Saya difahamkan sampah di tamu tersebut perlu dikutip setiap hari bagi memastikan kebersihan dijaga.

“Bagaimanapun, saya me-nerima aduan daripada peniaga di tamu berkenaan sampah di tong sampah besar itu tidak dikutip selepas Ahad lalu,” katanya ketika mengadakan tinjauan ke kawasan itu di sini semalam.

Turut sama Setiausaha DAP dan PH Sarawak Alan Ling serta Ketua Pemuda DAP Miri Peter Hee.

Katanya, sampah tidak dikutip menyebabkan berbau busuk sehingga mengganggu dan menjejaskan aktiviti perniagaan di tamu tersebut.

“Selepas menerima aduan, saya cuba mendapatkan penjelasan daripada MBM dan kontraktor terbabit.

“Menurut kontraktor di-amanahkan itu, lori diguna-kan mengutip sampah di kawasan terbabit rosak dan kerja-kerja mengutip sampah terpaksa ditangguhkan se-hingga petang semalam.

“Bagi saya itu bukan alasan munasabah. MBM perlu mengambil tindakan me-mastikan kontraktor melaksanakan tugas mengikut jadual ditetapkan iaitu setiap hari agar tidak menimbulkan masalah sampah berbau,” tegasnya.

Malah, beliau mencadangkan agar MBM menyediakan penutup tong sampah besar untuk mengelak bau sampah mengganggu peniaga di tamu itu, juga menarik haiwan liar mencari makanan di kawasan tong sampah tersebut.

  • oleh
  • Advertisement