Anda di sini

Jemputan ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Kabinet Sabah

Advertisement
SEDIA, Asnimar (tengah) menyatakan persediaan kepada Jaujan (kanan) bahawa urusetia bersiap sedia menanti kehadiran pengunjung.
SEDIA, Asnimar (tengah) menyatakan persediaan kepada Jaujan (kanan) bahawa urusetia bersiap sedia menanti kehadiran pengunjung.

KOTA KINABALU: Orang ramai dijemput hadir ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kabinet Negeri Sabah pada Hari Raya Ketiga berlangsung di Plaza Sunset, Menara Tun Mustapha, Yayasan Sabah.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Jaujan Sambakong berkata, penganjur bersiap sedia untuk menerima seberapa ramai pengunjung yang akan hadir pada majlis tersebut.

“Saya berharap rakyat akan mengambil pelua​​ng ini untuk beramah mesra dengan Jemaah Menteri Sabah.

“​Jemputan juga turut dihantar kepada semua wakil rakyat termasuklah wakil rakyat pembangkang dan wakil-wakil kedutaan antarabangsa.

“Dalam meraikan Aidilfitri, kita ketepikan apa juga fahaman politik demi ikatan silaturahim yang sedia terjalin,” katanya ketika ditemui selepas melawat tapak persiapan majlis di sini, pagi tadi.

Tambah beliau lagi, perubahan lokasi sambutan kali ini bagi memberikan suasana baharu dan memberi peluang rakyat untuk melihat serta merasai sendiri dengan lebih dekat berada di mercu tanda kebanggaan negeri di samping pemandangan laut yang menarik.

Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Dr Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni dijangka akan memeriahkan sambutan Aidilfitri Kabinet negeri kali ini.

Hadir sama dalam lawatan tersebut Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman dan Timbalannya Datuk Asnimar Haji Sukardi.-Penerangan.

Advertisement