Anda di sini

Beri GPS peluang berjuang demi rakyat, negeri

Advertisement

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) perlu diberi peluang untuk berjuang demi kepentingan rakyat dan negeri ini.

Penganalisis Politik Datuk Peter Minos berkata sekarang rakyat Sarawak tanpa mengira aliran politik, bangsa dan kepercayaan harus memberi sokongan penuh kepada Kerajaan Sarawak hari ini dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk memperjuangkan hak-hak Sarawak yang sah.

“Saya percaya GPS mencuba yang terbaik memperjuangkan hak-hak Sarawak, seperti mempertahankan sumber-sumber minyak dan gas daripada Kuala Lumpur dan Petronas, mendapatkan semula hak Sarawak di bawah MA63 dan sebagainya.

“Beri peluang kepada GPS dan adililah mereka kemudian, tetapi untuk waktu ini, janganlah kita mencari kesalahan serta kelemahan mereka.

“Kalau rakyat tidak bergantung harap kepada Kerajaan Sarawak, dengan siapa lagi rakyat boleh menaruh harapan?” katanya.

Menurutnnya Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) telah dipilih oleh rakyat Sarawak menjadi pemimpin serta kerajaan di peringkat negeri, maka sudah tentu apa sahaja yang dilakukan adalah untuk kebaikan negeri ini.

“Jika mereka tidak bertindak (sedemikian) untuk Sarawak, siapa lagi? Ada pihak cuma tahu mengkritik dengan mengatakan GPS hanya menyelamatkan diri dengan keluar BN dan menjalinkan hubungan baik dengan Pakatan Harapan dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Siapa di dunia ini yang tidak cuba menyelamatkan diri untuk kelangsungannya? Hanya orang yang bodoh akan mengambil tindakan bunuh diri.

“Malah pengkritik ini meng-ibaratkan GPS ‘wain lama di dalam botol baharu’ tetapi siapa mereka untuk mengadili orang lain,” ujarnya.

Tambahnya menggelar Ahli Dewan Undangan Nege-ri (ADUN) PBB, SUPP, PRS dan PDP dipilih oleh rakyat Sarawak untuk memimpin dan mentadbir negeri ini sedemikian rupa adalah suatu yang tidak adil dan prejudis.

Menurutnya seorang pengkritik tidak akan membuat penilaian atau penghakiman yang berat sebelah terhadap orang lain.

Minos yang juga ahli veteran PBB dan pengerusi Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) berkata empat parti itu tiada pilihan melainkan keluar Barisan Nasional (BN) dan bersatu membentuk GPS.

Beliau menegaskan bahawa parti-parti berkenaan mempunyai alasan-alasan yang sah untuk berbuat demikian.

Pertama katanya, pendeda-han salah laku pemimpin tertinggi BN terutama bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyebabkan keempat-empat parti itu tidak mampu dan mustahil untuk terus bersama BN.

“Kedua, rakyat telah bersuara dan semua mesti menghormati kemahuan rakyat membentuk negara demokratik.

“Rakyat sudah memilih PH (Pakatan Harapan) sebagai kerajaan persekutuan dengan Tun Dr Mahathir sebagai perdana menteri,” katanya.

Selain itu ujarnya, pilihan dan kehendak rakyat semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu mesti dihormati.

Justeru katanya, adalah baik dan satu langkah bijak untuk PBB, SUPP, PRS dan PDP menerusi GPS mendengar suara rakyat dan bertindak sewajarnya.

“Alasan ketiga ialah, adalah tidak bijak untuk Sarawak dipimpin empat parti ini tidak mesra dan bermusuhan dengan kerajaan persekutuan yakni PH di Kuala Lumpur, tambahan kerajaan PH adalah pilihan rakyat,” katanya.

Menurut beliau Sarawak akan memiliki apa sahaja dengan mengamalkan sikap mesra kepada kerajaan persekutuan dan boleh kehilangan segalanya jika ‘menentang’.

  • oleh
  • Advertisement