Anda di sini

Ugut jenayah: Lelaki dipenjara tujuh bulan

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan, 39, dikenakan penjara tujuh bulan kerana melakukan ugutan jenayah terhadap seorang lelaki.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus menjatuhkan hukuman itu terhadap Jeffry Samijo, selepas mengaku salah mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Tertuduh mengugut John Mosito, 56, sehingga menimbulkan ketakutan, pada 20 Februari jam 10 malam, di Kampung Tenggiling, Jalan Kelingau, Manggatal.

Hukuman yang diperuntukkan, penjara selama tempoh dua tahun atau denda, atau kedua-duanya.

Mahkamah memerintahkan Jeffry yang tidak diwakili peguam, menjalani pemenjaraan bermula dari tarikh tangkap, pada 6 Jun.

  • oleh
  • Advertisement